Sunday, June 12, 2011

42 Hours: The Meaning of Life

Salam Satu Malaysia ...

Dalam tempoh 42 jam, bermacam-macam pengalaman & aktiviti yang padat telah dilakukan. Pengalaman bermula seawal jam 9:00 malam pada hari Jumaat. Semuanya ada yang telah dirancang, ada yang tidak dirancang dengan teliti. Ini semua angkara semangat setiakawan dan keinginan membuat aktiviti hujung minggu.


Maharaja Lawak, Federal 4.44 Pagi, Majlis Pertunangan, KL Gangster, Tom Yam Campur, Final Piala FA, Badminton, Sarapan Lewat & Dylan Dog Dead of Night. Apa semua ini? Haaaaaa ...

Maharaja Lawak

Jam 9:00 malam Jumaat tu, terus je ke rumah sewa ST di Setiawangsa. Sebab rumah aku takder Astro Warna. Tengok ramai-ramai walaupun mata kuyu dek mengantuk setelah penat bekerja seharian. Tapi, Jozan telah menyelamatkan keadaan dengan mempersembahkan lawak epik yang sangat terbaeik.

Federal 4.44 Pagi

Lepas je habis ML tu, lepak jap kat situ. Ingat nak lepak kejap je sementara tunggu Haliff (skulmate) abes bercanda sebab janji nak gerak ke Klang sekali. Bajet dalam kol 12-1 pagi tu dah boleh settle. Tapi tak call gak mamat tu bagi tau bila nak balik. Sebbaik kat Setiawangsa tu Arul ok je layan sembang. Memang lame gile aku tak duduk sembang lelama cmtu. Salu sembang pon layan dengan kopi. Kali tu, sembang tade kopi. Sembang pon hal-hal yang best. Banyak pengalaman dia aku dapat belajar. Dalam 4.30 bajet nak tido kat situ, Haliff call serentak dengan mak aku call. So, aku gerak balik terus ikut Federal. Pederaih abeh ar sebab tade keter kan. Sampai umah dalam kol 5.15 camtu.

Majlis Pertunangan

Ini majlis skulmate aku gak. Kena pergi gak walaupun aku tidur kurang 3 jam. Shahrul nama dia. Tunang dengan Suhaiza. Memang dah plan nak pergi mengantar die ke sane kat Banting. Gerak skali dengan Areel, Ungku, Begau & Bob. Yang celakanya kat sini, masuk pagar rumah bakal pengantin tu ramai-ramai, tapi yang kena mendengar urusan diraja tu, aku sorang je kat dalam rumah. Dah macam salah sorang ahli keluarga dorang plak aku rasa. Sebab aku kena amik gambar.

KL Gangster

Habis je majlis kat Banting, terus je balik Klang. Bajet nak naik Genting, skali tak jadik. So, lepak umah aku jap sambil tunggu filem KL Gangster. Memang terbaeik ar citer tu. Lagi terbaeik kalau takder Shamsul tu. Layan gile la. Dialog pon masyuk gile. Mentabeb. Memang pelik-pelik je budak-budak nih. Kejap Genting. Kejap movie. Last skali movie gak. Ceh.

Tom Yam Campur

Lepas movie, terus gerak Tom Yam untuk dinner. Sebelum tu, singgah jap kat court badminton nak booking court utk main malam tu. Gila tak gila la. Book court kol 11.30 sampai 1.00 pagi. Sebab nak tgk bola fina F.A cup dlu between Kelantan vs. Terengganu.

Piala F.A

Final antara Kelantan vs. Terengganu. Layan gak final kali ni. Lebih-lebih lagi ada gak member aku orang Kelantan. Macam Arul tu orang Kelantan. Tapi dia bukan hok hok yang kasi gegar stadium la. Ha ha ha. Bila tengok Kelantan dah score and dah sampai minit 94 bajet memang surelah dorang champion. Skali 5 saat before game abes, Terengganu score. Nak tunggu ke nak gerak badminton? Lastly tengok jap pastu gerak badminton.

Badminton

Main badminton pulak dah skang budak-budak nih. Kalau dulu, futsal memanjang. Adoila. Layankan aje. Main pukul-pukul. Gelak-gelak. Memang lencun la baju sebab main dalam dewan la katakan. Memang layan abes. Tangan pon lenguh-lenguh abes lah. Maklumlah jarang main. Sekali main all out terus. Abes main gerak rumah, rehat lah terus.

Sarapan Lewat

Kol 9.00 sharp Ungku call. Ajak breakfast. Aku dengan ala-ala mamai tu macam malas la plak nak makan. Tapi, alang-alang kan, gerak gak lah sarapan dengan budak-budak nih. Ingat sarapan, sekali kol 12.00 gak balik dari sarapan. Ape ke jadah nya sarapan tu. Terima kasih kat Subaidah Nasi Kandar sebab sedikan sarapan kiteorang.

Dylan Don Dead of Night

Style tader idea nak buat apa masing-masing, terus je gerak nak pergi tengok movie. Kali ni cerita Dylan Don Dead of Night. Cerita pasal Ware-wolf & Vampire. Pehhh. Layan dow cerita nih. Tadelah gempak sangat. Tapi kalau time-time takder keje nak buat, layan cerita ni pon masyuk gak. Nak cerita detail pon tak best sebab ini bukan filem review. Tapi oklah cerita nih.

Haaaaa.. itulah aktiviti aku dalam lebih kurang 42 jam. Adekah 42 jam hidup aku telah disia-siakan? Aku tak rasa aku dah sia-siakan 42 jam kehidupan aku sebab aku buat apa yang aku suka. Apa yang aku minat. Apa yang aku hendak buat. Adiosssss.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...