Saturday, June 4, 2011

Arnab & Angsa

Salam Satu Malaysia ...

Jam laptop menunjukkan pukul 1:07 pagi. Aku baru sahaja pulang dari Setiawangsa (rumah Arul, Awan, Acap & ramai lagi). Baru pulang dari menonton Maharaja Lawak. Tapi, bukan itu yang aku cuba sampaikan pada cerita kali ini. Memang menjadi lumrah aku, bila jiwa "terkacau bilau" sikit, blog lah menjadi peneman setia yang tidak jemu menulis luahan hati ini.

Aku tidak tahu kenapa sejak seminggu dua minggu nih, aku rasa semua serba tak kena. Kerja office aku pon jadi laju semacam (itu juga sesuatu yang pelik kerana aku selalu akan tinggalkan sedikit untuk hari esok). Perasaan dalaman ini seperti tidak menadapat ketenangan dalaman. Macam cerita Kungfu Panda 2 yang selalu menyebut di mana "inner peace"? Ke mana ia menghilang? Kenapa Arnab & Angsa?

Aku berasa cepat tersentuh walaupun benda yang diperkatakan itu mungkin gurauan-gurauan kosong. Sebenarnya, banyak benda yang menghantui aku sekali lalu menyebabkan aku rasa serba-salah pun ada. Rasa tidak tenteram pun ada. Rasa bersalah pun ada. Rasa marah pun ada. Pelbagai rasa yang kalau dikumpulkan menjadi infiniti jika diikut melalui istilah matematik.

Kawan yang diharapkan dapat membantu hilang ke mana. Rakan yang katanya bersusah senang bersama hanyut dengan dunia masing-masing. Akhirnya, sahabat aku jauh di sana juga yang setia mendengar dan memberi pendapat. Jika dia membaca penulisan ini, dia pasti tersenyum bangga. Tapi, bukan mengenai dia aku ingin memberitahu di sini. Aku hanyalah nak menulis mengenai cerita Angsa & Arnab seperti yang dia ceritakan pada aku.

Cerita si Arnab bermula apabila arnab tersebut dilahirkan. Arnab bila usianya sudah matang, dia akan bercakaran dengan arnab yang lain. Tetapi, bila tuan arnab meletakkan pasangan di dalam kelompok arnab itu, tingkah laku arnab tersebut bertukar menjadi sesuatu. Kemudian cerita si Angsa. Angsa nih haiwan yang banyak bising. Bila usianya sudah matang, dia akan bising sehingga membuatkan jiran sebelah-menyebelah memarahi pemilik angsa. Nak dibelikan pasangan untuk angsa itu terlalu mahal. Lalu angsa itu pun disembelih.

Apa kaitan cerita Arnab & Angsa ini?

Samalah seperti manusia. Jika sudah sampai usianya untuk berpasangan, lalu dia akan diam melayani pasangannya itu. Memang sesuai dengan cerita si Arnab tadi. Tapi, bagaimana pula kaitannya dengan cerita Angsa? Jika manusia itu meletakkan sesuatu demand yang tinggi, seperti hendak mencari benda yang susah, ia akan merana sendiri walaupun pada tempat yang bukan di bawah kawalan dia sendiri. Kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Termasuk pasangan masing-masing. Itulah mesej yg aku kira ringkas & padat aku terima dari sahabat aku itu.

Di sini juga, sepatutnya semalam aku sudah pun bergerak ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan officemate aku. Namun disebabkan "kekacauan jiwa" ini, aku batalkan segala hasrat itu. Pelbagai alasan aku berikan keapda mereka. Namun, alasan sebenar hanyalah aku seorang yang tahu termasuklah sahabat aku semalam. Selamat untuk semua.

3 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...