Wednesday, June 1, 2011

Osteo Arthritis

Salam Satu Malaysia ...

Dalam lebih kurang jam 12:30 tengah hari tadi, dialog di bawah telah terpacul keluar dari mulut aku menuju tepat kepada secretary department aku ...

Aku: Kak, saya pergi klinik jap. Boss carik saya cakap saya pergi klinik.
Kak: ok.

Setibanya dia kaunter klinik (Twin Towers Medical Centre), terus meminta nombor daripada kaunter untuk tujuan berjumpa dengan doktor. Nombor 1780 menjadi nombor giliran. Dr. Gopi menjadi doktor pilihan. Lantas bermulalah sesi rawatan yang tidak ku sangka akan berlaku juga akhirnya. Pengalaman ngeri mungkin kerana tidak pernah terbayang akan berlaku sebegini.

Aku mengadu pada doktor mengatakan lututku sakit sejak 2-3 minggu kebelakangan ini. Dia tak dapat memberi kata putus lagi mengenai lutut aku. Akhirnya, dia decide untuk aku menjalani rawatan X-Ray terlebih dahulu sementara dia cuba merumuskan masalah apa yang aku hadapi. Dengan itu, rawatan X-Ray terus dimulakan. Akhirnya doktor mengatakan, aku mengalami Osteoarthritis (OA) peringkat awal. Apa semua itu pon aku tak tahu.

Untuk makluman pembaca, Osteo bermaksud tulang dan Arthiritis bermaksud keradangan atau inflamasi pada sendi yang mengandungi cecair synovial (synovial fluid), jadi bila disambungkan perkataan Osteo-Arthritis bermaksud keradangan sendi yang terjadi pada hujung tulang yang berartikulasi iaitu di kawasan sendi terutamanya sendi synovial. Terdapat berpuluh-puluh sendi synovial di dalam badan manusia dan semuanya boleh terdedah kepada masalah OsteoArthritis ini, dan dalam kes anda melibatkan sendi lutut. Pada bahagian lutut di mana tulang paha (femur) berartikulasi dengan tulang kering (tibia) adalah sendi synovial.

Pada hujung tulang tersebut diselaputi oleh lapisan rawan yang lembut dan licin di mana membolehkan pergerakan tulang paha dan tulang kering tersebut dalam sendi lutut lancar dan dipermudahkan dengan cecair synovial yang bertindak sebagai pelincir semulajadi dalam lutut. Tulang tempurung lutut juga adalah sebahagian daripada sendi lutut.

Di atas faktor-faktor tertentu contohnya terlebih gunaan lutut, faktor kerja yang berat pada jangka masa lama, aktiviti sukan yang terlalu lasak, kecederaan lama seperti kecederaan ligamen dan kepatahan tulang melibatkan sendi dan proses penuaan itu sendiri akan menyebabkan proses degenerasi atau ‘wear & tear’ berlaku pada permukaan lapisan rawan tersebut.

Lama-kelamaan permukaan rawan semakin haus dan menipis. Rawan menjadi agak keras dan permukaan tulang paha dan tulang kering pula bertemu dan berartikulasi tanpa lapisan rawan lagi dan pada masa ini setiap pergerakan sendi lutut menghasilkan bunyi geseran tulang tersebut bersama-sama dengan tempurung lutut, yang lazimnya permukaan rawannya juga rosak.

Rawan tersebut juga akan berderai di dalam sendi ini, bakal menghasilkan keradangan kepada lutut tersebut, dan lutut akan membengkak dan terasa sakit. Selalunya adalah sukar untuk membengkokkan lutut secara sepenuhnya dan pesakit juga sukar melakukan solat secara normal. Kesan OA tidak berlaku dalam beberapa hari akan tetapi prosesnya bermula sejak dari beberapa tahun sebelumnya.

Itulah serba sedikit info yang aku dapat dari sini. Dengan itu, doktor telah memberikan aku beberapa ubat-ubatan untuk membantu aku dalam proses pemulihan. Ubat yang diberi adalah ubat sapu, pain killer dan Glucosamine. Aku lebih tertarik pada ubat Glucosmine. Menurut doktor, aku perlu mengambil ubat ini selama 3 bulan. Namun, dia hanya memberi bekalan untuk sebulan dan meminta aku datang semula untuk mengambil ubat pada bulan seterusnya.

Harap lepas ini keadaan aku menjadi lebih elok daripada sekarang kerana ia menjejaskan prestasi permainan aku dari semasa ke semasa. Membuatkan aku berasa tidak puas untuk bermain futsal.

6 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...