Monday, June 27, 2011

Resipi "Karipap" Agung

Salam Satu Malaysia ...

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa status FB aku sekarang menjerumus ke arah kuih tradisional masyarakat melayu iaitu "karipap". Mungkin juga ada yang sikap acuh tak acuh tidak mengambil kisah akan status aku itu kerana bukanlah menjadi isu mereka untuk mengetahui mengenainya jauh sekali untuk komen. Jadi, kat sini aku nak ceritakan apakah isu "karipap" yang sebenar.

Mungkin ramai menganggap aku cuba "double meaning" dengan menggunakan istilah karipap dek kerana lawak kumpulan Balas yang menjerumus kepada maksud tersirat kepada karipap tersebut. Namun, ternyata andaian pertama anda semua silap sama sekali. Hanya orang yang berdekatan dengan aku mengetahui apakah sebenarnya isu "karipap" itu.

"Karipap Karipap Cinta" adalah sebuah novel karya Nazri M Annuar. Ia tiada membawa sebarang maksud negatif daripada perkataan karipap tersebut. Aku mula mengetahui novel ini setelah diberi oleh Arul semasa sesi perbualan yang tidak dirancang pada satu hening malam. Niat di hati ingin meminjam sahaja tapi tajuknya sahaja sudah cukup menggambarkan betapa malunya diri ini untuk meminjam. Lalu keputusan untuk memliki sebuah naskah ini dibuat.

Aku beli novel nih kat MPH Mid Valley. Usaha untuk mendapatkan novel ini terlalu kuat sehingga terpaksa memalukan diri sendiri untuk bertanya kerana takut orang salah faham akan tujuan mencari novel ini. Tanya lah housemate aku (Azizi & Hanif) betapa strugglenya kiteorang nak decide nak tanya kaunter atau pun terus mencari. Digelakkan orang kaunter. Ditertawakan orang sekeliling semasa menanyakan soalan inginkan novel "Karipap Karipap Cinta" merupakan pengalaman tiada tolok bandingnya.

Setelah lebih kurang 4 hari aku menelaah novel ini, akhirnya pembacaan aku tamat semalam. Ini kira novel paling cepat pernah aku habiskan kerana aku tertarik dengan apa yang ingin disampaikan di dalam isi novel ini. Secara kasarnya, di sini aku nak tulis balik (copy paste) apakah Resipi Karipap Karipap Cinta.
  1. 3 ulas rasa suka.
  2. 1 botol hati gembira.
  3. 1 biji rendah diri.
  4. 2 cawan tolak ansur.
  5. 5 keping kehormatan.
  6. Secubit rasa rindu.
  7. 3 batang tanggungjawab, dipotong halus.
  8. 3 bekas cita-cita.
  9. 10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta).
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal. Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak. Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang. Selamat mencuba.

8 comments:

  1. kalau tanggungjawab tu sebatang je bleh tak ? mana nak cari sampai 3 batang tuuu...hmm

    ReplyDelete
  2. wadieq: erm..lain macam ja komen hang nih..sabarq na..xlama lagi dah tu..sikit ja lagi..tahan skit na...

    ReplyDelete
  3. nice post
    haha
    ingatkan nak ajar cara2 buat karipap tadi

    ReplyDelete
  4. hehehe...cara buat karipap leh carik lain..:)

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...