Thursday, December 29, 2011

UMNO: Keperluan vs Keinginan

Salam Satu Malaysia ...

In general, memang aku takder topik pon nak tulis pasal ape. Maybe sebab lama tak menulis, lama tak mengembara melihat alam, lama tidak berbuat apa-apa menyebabkan kehidupan aku agak mendatar sehingga tidak terdetik di akal fikiran untuk memikirkan sesuatu yang serius. Secara peribadi, aku mungkin di dalam keadaan tersepit sekarang. Ini adalah kes benar namun aku tidak akan memberi gambaran penuh pada kes ini atas sebab peribadi mahupun menjaga sensitiviti masyarakat persekitaran.

Persoalan yang kadang-kadang berlegar di kepala aku ialah antara "Keinginan & Keperluan". Dua benda ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika boleh dihuraikan, dia boleh mewakili pelbagai konteks mengikut kesesuaian penulis. Kat sini, aku ingin cuba menyampaikan dari segi konteks menyertai pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Menjadi ahli Pemuda UMNO. Adakah itu bagi aku suatu KEINGINAN atau KEPERLUAN ?? Ternyata aku tiada jawapan bagi soalan aku sendiri. Tiba-tiba dia 'papppp' terdetik kat kepala untuk menyertai pertubuhan sedemikian. Bukan kerana niat untuk menunjuk-nunjuk apetah lagi untuk bermegah. Objektif aku ingin menyertai pertubuhan itu simple. I love what I'm doing.

Dengan itu, azam 2012 pertama aku ialah untuk memastikan aku berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli Pemuda UMNO sebelum 31 Januari 2012. Untuk makluman pembaca, borang keahlian boleh didapati di Cawangan atau Bahagian UMNO yang berhampiran atau terus mendapatkannya di Tingkat 14, Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Mungkin ini adalah keinginan aku untuk mencuba sesuatu yang baru. Betul !!! Mungkin ini hanya keinginan aku. Aku inginkan pembaharuan pada diri aku dalam konteks ini.

p/s: mungkin antara rakan-rakan aku cakap, aku memain je. tapi sebenarnya aku memang serius dalam hal ni.

1 comment:

  1. saya pun nak mendaftar juga, tapi kan lbh mudah jika pendaftaran online.kat internet. nak pergi pejabat bagai ni.hehe. asyik tertundalah jawabnya.hehe. :))

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...