Monday, January 2, 2012

Apa itu kawan?

Salam Satu Malaysia ...

"Kita ni, nama je kerja kat KL. Tapi, dalam 2 tahun, bkn setakat nak jumpa, tanya khabar pun, haraammm"

Itu adelah antara isi kandungan dialog filem Cinta Luar Biasa kalau korang ingat dulu lakonan Saiful Apek, Syahnie, Hans Isaac & Nasha Aziz. Jadi, kat sini aku nak share skitlah ape pendapat aku dalam entri tak seberapa ni. Sebelum aku proceed, cuba korg check video bawah ni dulu amik feel.



Video tu simple je. Benda yang kita lalui hari-hari. Bile aku belek-belek skit comment kat bawah tu, ada sorang bagi comment ...

"Friendship is like peeing on yourself. Everyone can see it. But only you get the true warm feeling it brings"

Betullah benda ni bukan boleh disentuh secara kasar. Sangat subjektif untuk dirungkai. Susah untuk dipelihara apetah lagi jika melibatkan banyak pihak. Kenapa kompleks? Senang je. Kalau rasa nak berkawan, sedia je la terima negatif dan positif dia. Kalau kita sebagai makhluk tuhan hanya mampu terima positif, apekah kita tiada negatif? Simple as that. Life ini macam simbiosis. Kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Kadang-kadang, dek kerana kesibukan kita di tempat kerja, cuba kita duduk sebentar, kira balik berapa banyak masa kita habiskan dengan rakan-rakan? Mungkin nampak banyak. Ape pulak value yang ada kat situ? Kadang-kadang, nama je duduk serumah. Tapi, sampai rumah masing-masing menghadap laptop, TV dibiar terbuka tanpa ade orang yang tengok. Komunikasinya di mana? Di FB? Di Twitter?

Haish. Itu yang semakin menggusarkan kadang-kadang. Kita tidak sedar yang kita ni banyak buat virtual communication rather than real conversation. It's hard to tell but to me it's true. Aku bukan nak mengata kat orang pun sebab benda ni terjadi kat diri sendiri sebenarnya. Dah terjadi barulah nak tergadah. Apa nak buat? Nasi dah jadi bubur. Bubur McD sedaplah gak kan? Ni bubur Suraya Kampung Baru lagi mengamcam bau dia.

Cerita dia macam ni, seorang rakanku bertugas di Lembah Klang selama 6 bulan. FYI, lokasi tugasan utama beliau di Borneo. Selama 6 bulan di Lembah Klang hanyalah sementara. Dalam tempoh 6 bulan tersebut jugaklah kiteorang plan nak meet up somewhere when both less busy. Selama 6 bulan tu jugaklah virtual communication via WhatApps, FB, SMS etc. occured. Berapa kali je call? Sekali? Dua kali? Tiga kali? End up, tak jumpa pon within the 6 months. Ha Ha Ha. Ego ke ape? Ke gile ke ape? Ke bangang tahap melampau sampai nak kena bagi makan selipar? Macam-macam betul perangai.

Jadi, aku nak quote balik the first quote aku kat atas tadi ...

"Kita ni, nama je kerja kat Lembah Klang. Tapi, dalam 6 bulan, bkn setakat nak jumpa, tanya khabar pun, adalah 2,3,4 kali"

Bila teringat balik, nak menyesal pun tak guna. Friend is friend and always be a friend. Just, kadang-kadang terfikir, kalaulah tempoh 6 bulan tu jadi 6 tahun. Kalau lah tahun ke-6 tu dia or aku meninggal. Agak-agak akan timbul penyesalan tak? Jadi, kadang-kadang perlu ada kesedaran untuk menghargai apa yang jarang ada depan mata. Lebih menghargai apa yang kita tiada. Agar, bila sudah tiada, kurang rasa penyesalan.

p/s: pada kawan aku tu, sorry la sebab masing-masing busy mengalahkan CEO. One day! One day! One day!

3 comments:

  1. sometime kita hanya mampu merancang, tp tuhan yg menentukan semua, if mcm mn plan sekalipun, kalo bnda x dpt bt, kita kn try the best untk rapatkan lagi hubungan kita, at least kita still contact dgn kwn kita n tnyr khbr, tu tandanyer kita still ingt kwn tu...dulu x mcm skrg,skrg x mcm dulu...fb & twitter n mcm2 lg, tu lar cr plg senang x nk lost contact dgn semua kwn kita...ajal maut di tgn tuhan..aper2 pn..if kita rs x sempat nk m.mf dgn kwn2 kita before kita dpt jumpa dia, x slh, tulis secara public dkt wall, say that, to all my frens, tq sbb menjadi kwn yg terbaik dlm hidup sy, n maafkan segala kekurangan diri....just a simple message, but ia mampu buat kwn2 kita tersenyum bahagia....=)

    ReplyDelete
  2. eh kau..
    pandai nye...
    hah-ha..

    ReplyDelete
  3. postingan yang bagus tentang
    Apa itu kawan?

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...