Wednesday, April 25, 2012

Hlovate & Novel

Tanggal 24 April 2012. Bersejarah sangat ke semalam? Sejarah tu takdelah sangat tapi untuk aku agak bermakna gak lah sebab tambah satu angka lagi dari usia aku sebelum ni. Tanggal 25 April 2012, secara rasminya aku akan cuba berblog kembali secara separa aktif. Nak aktif macam dulu, memang susah sikit lah. Tanggal 25 April 2012 jugak, account FB aku akan kembali diaktifkan selepas hampir berapa lama (aku sendiri pon tak ingat). Tujuan aku menyahaktifkan acoount FB aku adalah sebab ......... peribadi. Jadi, kita tolak tepi itu semua.

So, apa topik nak cerita kat sini? Aku nak perkenalkan or promote novel yg telah aku baca. Dan yang sedang aku baca. Penulis novel yang aku nak bagitahu kat sini ialah Hlovate. Aku sejujurnya tak tau siapa pon dia ni.

Just nak dijadikan cerita, one day aku gi KinoKuniya KLCC ternampak satu buku bertajuk Contengan Jalanan. Cover buku dia buat aku impress and takde summary kat belakang, so lagi tinggi la semangat nak tahu kan. Aku baca novel tu, secara jujurnya menarik untuk pembaca kurang tegar macam aku. Berlandaskan seolah-olah pengalaman sebenar dalam lebih mencari erti kehidupan. Nak tau details, better and aku suggest korang beli novel tu dan baca sendiri. Worth for money. This is serious talk. Worth for money.

Lepas tu, aku mula tertarik dengan cara penulisan si Hlovate ni. Next, aku beli Versus. Cerita ada skit unsur cinta tapi cara garapan dia macam kejadian sebenar di luar. Bukan macam cerita standard kita tengok kat TV. Menerapkan nilai agama, komuniti dan macam macam lagi lah. Versus lebih mengisahkan pertarungan di dalam diri sendiri. Bukan lah versus nak gaduh gaduh tu. Leisure for reading. Worth for money kalau korg hayati betul-betul.

Next book by Hlovate yg aku tengah baca sekarang ialah Tunas. Aku baru baca sikit and aku mula tertarik cara penyampaian dia. Cerita awalnya berkisar seperti pelajar kolej or asrama. Since aku pon dulunya duduk asrama, dia menggamit kembali kisah lama. Teringat memori lama die sekolah asrama dulu. Aku tak abes baca lagi, tapi aku rasa cerita dia menarik dengan cara penyampaiannya yg aku rasa agak stereotaip dengan Versus. Tapi, dia dekat di hati.

Promote lebih tak guna kalau korang tak beli. Aku pun tak dapat komisen ape ape promote ni. Just nak share dalam buku buku aku sebut kat atas tu, satu je mesej tetap yg aku nampak, Hlovate akan terapkan unsur keagamaan dalam penulisan dia. Respect !!!

3 comments:

  1. true. she is good. buku dia semua best. tak rugi kalau beli, tak rugi kalau baca. ^^

    ReplyDelete
  2. postingan yang bagus tentang
    Hlovate & Novel

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...