Thursday, June 28, 2012

Erti Hidup & Pencarian Jalan

Mungkin ramai tertanya-tanya, ke manakah hilangnya penulisan Putera Katak di laman sesawang TENTULURAN ini. Mungkin juga tidak kurangnya yang tidak amik peduli. Mungkin juga tidak bersyakwasangka atau seolah-olah tidak mahu terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semua yang berlaku adalah bersebab. Itulah tajuk penulisan kali ini.

Tujuan penulisan kali ini hanyalah untuk berkongsi pendapat. Pendapat ini pun diperoleh dari seorang rakan semasa Putera Katak sedang melaksanakan tanggungjawab demi melaksanakan tugas demi mencari sesuap nasi untuk kegunaan sendiri. Sedar atau tidak, hakikat sebenar mencari rezeki ini tidak semua adalah hak kita. Kita hanya memiliki sebahagian daripada apa yang kita perolehi. Ini sekadar selingan.

Satu hari di kawasan Putera Katak bekerja (outstation), seorang pemuda secara tidak semena-mena bertanya pada Putera Katak. "Rindu anak ke boh? Tengok gambar anak nampak tu". Putera Katak hanya tersenyum sambil menjawab, "Anak buah ja boh. Bini pon belum ada camna nak ada anak boh". Terdiam pemuda tersebut. Lantas, dia mulakan perbicaraan dia. Suka Putera Katak ingin menceritakan semula apa yang dibualkan oleh pemuda tersebut dalam olahan biasa seperti perenggan di bawah.

Kadang-kadang, dalam kesibukan kita kerja ni, kita alpa tentang masa depan kita dalam melengkapkan separuh agama kita. Jawapannya mudah, kahwin. Berdasarkan pengalaman pemuda tersebut, dia agak terkilan kerana berkahwin dalam usia yang boleh dikira lewat baginya iaitu umur 26 tahun. Namun tidak terlalu awal. Dia menceritakan bagaimana dia peroleh anak pertama pada usia 28 tahun.

Apa yang terkilan sangat oleh pemuda tersebut? Dia menceritakan bahawa ketika dia berusia 35 tahun, anaknya baru berumur 7 tahun yakni darjah satu. Mampukah dia memberi kasih sayang secukupnya? Mampukah dia membesarkan anaknya sementara kudrat empat keratnya masih bernyawa? Dia akan terkilan jika dia pergi dahulu sebelum sempat memberi kesempurnaan hidup kepada anaknya.

Putera Katak tertarik dengan ayat pemuda tersebut. Jika kita mati dahulu sebelum isteri kita, isteri masih ada orang yang boleh dijaga orang lain iaitu berkahwin lain. Tapi, tak semua orang akan mampu dan ingin menjaga anak kita. Ke manakah anak kita akan pergi setelah ketiadaan kita? Terus terang Putera Katak katakan, ketika terdengar perucapan sebegitu, terasa seperti sebak hati ini.

Persoalan seterusnya pada diri sendiri. Di manakah separuh lagi agamaku agar ia dapat dilengkapkan? Perjalanan yang panjang pada mata kasar tetapi amat singkat pada zahirnya. Perjalanan mencari tuhan dan erti hidup yang sebenar.

4 comments:

  1. Savar dalam menempuhi segala cabaran, hari nya akan tiba jua...jodoh itu rahsia allah..=)insyallah berdoa dan allah akan mendengar..amin

    ReplyDelete
  2. Anonymous: wow..sapekah yg berbicara begini ??? ini sekadar luahan pendapat.. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. postingan yang bagus tentang
    Erti Hidup & Pencarian Jalan

    ReplyDelete
  4. " DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU MAHA PENCIPTA untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com ' daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih MAHA ESA PENGASIH PENYAYANG MAHA MENGASIHANI..Sejahtera DIRIMU MAHA PERKASA MAHA BIJAKSANA.." saudara2 yg dkasihi,seandainya anda seorang insan yang mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda untuk melayari blog ini kerana sesungguhnya kita semua sudah kesuntukan masa,PERCAYALAH!!hanya untuk para pcari KEBENARAN sahaja!!Salam kasihsayang..adam7

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...