Monday, October 8, 2012

Alam & Manusia

Lama tak lama tapi macam dah berkurun gak tak update blog ni. Selalu update, mesti recall cakap lama tak update, berhabuk blog, bersawang blog, bla bla bla. Macam-macam alasan keluar padahal itu pilihan masing-masing. Pilihan diri ini yang tidak mahu menulis apa-apa di alam maya. Itulah roda kehidupan aku yang aku rasa makin tidak menentu. Kesibukan kerja di ibu kota (sangat poyo statement ini) membuatkan aku alpa pada mencari jalan menuju alam abadi. Ia juga membuat aku alpa akan meningkatnya usia ini.
Berkata mengenai usia, pasti dalam sedar atau tidak, kita pasti menduga perubahan pada diri kita. Secara realiti mungkin kita rasakan ia sebagai satu yang begitu normal sehingga tidak sedar akan perubahan tersebut. Cubalah kita bayangkan dengan keadaan duduk sebentar sambil melihat ragam masyarakat sekeliling dan dedikasikan masa selama 30 minit hanya untuk berfikir sejenak. Berfikir mengenai perubahan diri sejak lahir, berfikir tentang ragam masyarakat atau berfikirlah apa-apa sahaja pun.

Usia: 0 - 6 tahun
Zaman kanak-kanak yang sentiasa tiada masalah. Indah jika kita dapat menggamit memori kanak-kanak. Tapi, tak semua daripada kita yang mampu ingat peristiwa semasa zaman kita berusia kurang dari 6 tahun. Paling kuat pun, ingat zaman tadika la kot

Usia: 7 - 12 tahun
Alam pasca kanak-kanak lah kita boleh tafsirkan. Zaman persekolahan rendah yang penuh dengan gelak tawa. Tahukah kita erti pendidikan sebenar ketika ini? Adakah kita hanya ke sekolah kerana itu adalah lumrah untuk kanak-kanak? Atau kita hanya mengikut kehendak sekeliling.

Usia: 13 - 17 tahun
Alam remaja. Alam yang penuh dengan kekeliruan. Alam yang penuh dengan dilema. Alam yang penuh dengan propaganda. Kita keliru adakah kita masih kanak-kanak? Adakah kita sudah dewasa? Jika terlalu ramai kawan kanak-kanak, kita adalah kanak-kanak walhal kita sudah remaja. Bila terlalu ramai kawan melebihi usia kita, kita adalah dewasa walhal kita masih remaja. Alam remaja mungkin paling tepat.

Usia: 18 - 22 tahun
Alam pra-dewasa. Alam yang dituntut agar kita tidak terlingkup dek pengaruh rakan-rakan dan persekitaran. Alam ini agak penting bagi aku sekurang-kurangnya kerana ia adalah corak utama untuk aku melangkah ke alam seterusnya. Di sinilah, kita mula berfikir untuk masa depan. Kerjaya menunggu di hadapan tetapi perlu melangkah alam ini dengan jayanya. 

Usia: 23 - 26 tahun
Alam dewasa boleh aku katakan. Permulaan hidup dengan mencari rezeki sendiri berbekalkan kudrat empat kerat. Alam yang menuntut kita melakukan sesuatu dengan berfikir panjang kerana impak yang besar akan melanda jika kita tersilap langkah. Di sinilah bermulanya kehidupan kita diragut dek kesibukan kerjaya sedikit demi sedikit. Tapi, demi sesuap nasi, kita terpaksa. Adakah ia berbaloi? Sudah pasti kerana itu sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Persoalannya, bagaimana untuk berasa selesa dan gembira di alam ini dan pada masa yang sama menikmati nikmat hidup pada zaman ini?

Sebenarnya, alam-alam aku sebutkan kat atas itu hanyalah skeptikal dari pandangan mata kasar. Itu aku rasa normal untuk kehidupan sebagai manusia terutama di Malaysia. Mungkin agak stereotaip, tapi aku rasa itu adalah perbandingan wajar. Namun begitu, aku hendak kongsikan isi utama aku adalah seperti perenggan di bawah. Isi perenggan di bawah aku perolehi semasa tazkirah puasa yang lalu. Moga kita dapat mendapat iktibar dari isi-isi tersebut.
"Bagi orang kafir, akhirat nanti 1 hari seperti 50,000 tahun dunia. Bagi orang beriman, 1 hari seperti 1,000 tahun dunia. Jika perhitungan dibuat, secara matematik, kita hidup di dunia hanya 5 minit masa akhirat."
Sebagai makhluk Allah s.w.t kita akan menempuh 6 alam seperti di bawah:
  1. Alam arwah
  2. Alam kandungan
  3. Alam dunia (sekarang)
  4. Alam kubur / barzakh
  5. Alam akhirat
  6. Alam syurga / neraka
Moga perkongsian tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua.

2 comments:

  1. Selamat kembali,post yang sangat menarik...=) moga lagi banyak post...peace2!

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...