Wednesday, December 5, 2012

Kerja & Laut

Salam Satu Malaysia ...

Lama sangat menyepi dalam bidang penulisan blog ni. Malam ni rasa nak menaip pulak walaupun kebarangkalian orang nak baca tu adalah sedikit. Tiap-tiap petang Kuala Lumpur pasti hujan sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang aku terasa satu kerugian bila tidak dapat menghayati hujan yang turun dari langit Allah s.w.t. Agak mendukacitakan juga bila tak dapat melihat kejadian ini dari hati. Wow. Ape aku nak merepek ni.
 Actually, aku nak cakap. AKU RINDU LAUT

Kadang-kadang bila difikirkan semula, berada di lautan biru untuk menjalankan tugas lagi seronok dari berada di office menghadap panggilan telefon, kertas kerja, spesifikasi injap, kerenah kontraktor dan macam-macam lagi. Paling tak tahan dengan kerenah kontraktor yang sentiasa memberi masalah dan mencari peluang untuk mendapat keuntungan lebih. Tak sedar ke dorang duit tu duit rakyat Malaysia. Perangai kau tak ubah macam kroni-kroni anasir-anasir jahat. Dari pengalaman aku berurusan dengan syarikat Havlem (bukan nama sebenar) sangat memeningkan kepala sebab sikap tamak & ketidakcekapan mereka menguruskan syarikat.
Bila tiba fasa ini, barulah aku terigat akan laut. Seronok berada di laut untuk bekerja. Seronok dan tenang. Jauh dari kesesakan kota. Jauh dari segala panggilan telefon. Paling kuat pun panggilan paging ke bilik kawalan. Kalau untung, time hujan boleh nikmati hujan di tengah-tengah laut. Seronoknya berada di laut. Bilalah dapat tugasan di laut lagi agaknya? Haishhh...
Bila bercakap pasal laut, teringin la pulak nak bercuti. Memandangkan cuti tahunan masih banyak berbaki, tapi sampai sekarang tak tahu apa nak buat dengan cuti tersebut. Ini semua gara-gara projek yang telah dianugerahkan kepada Havlem (bukan nama sebenar). Aku semakin hari semakin bosan dengan mereka. Kadang-kadang bila melihat muka mereka nampak macam muka yang bertalam-talam bertingkat-tingkat kalah KLCC. Sebab apa? Nafsu tamak haloba. Sampai sini je lah. Nak google tempat menarik untuk bercuti plak.
p/s: catatan di atas sama ada pengalaman sebenar penulis ataupun gimik ?? biarlah rahsia !!!

4 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...