Wednesday, May 1, 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Temerloh. Daerah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. 130km dari kota Kuala Lumpur. Dihubungkan dengan Lebuhraya KL-Karak seterusnya dengan Lebuhraya Pantai Timur. Sebenarnya, kalau diikutkan fakta, Temerloh merupakan bandar kedua terbesar di Pahang selepas Kuantan. Geografinya pula, daerah Temerloh bersempadan dengan daerah Maran di timur, Bentong di barat, Jerantut di utara dan Bera di selatan.
Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
 Apa kaitan Temerloh dengan posting kali ni? Ikan Patin Masak Tempoyak. Itulah kaitannya.

Thursday, April 25, 2013

Kaitan Cinta & Kehilangan

 

Firman, penyanyi asal lagu Kehilangan yang kini hangat dimainkan di corong-corong radio. Sejujurnya, aku lama dah dengar lagu ni. Tapi bila ia dimainkan berulang-ulang kali, aku mula menghayati bait bait lirik dia. Kalau ikutkan video clip dia, typical story line which is pasal CINTA. Tapi bagi aku konteks dia boleh ditafsirkan lagi dengan lebih meluas. Cinta bukan sekadar kepada kekasih. Cinta pada ibu. Cinta pada ayah. Cinta pada adik-beradik. Cinta sesama manusia. Cinta pada ciptaan Ilahi. Yang pasti, cinta memerlukan pengorbanan dua belah pihak.

Tuesday, April 23, 2013

Kota Kinabalu, Indahnya Seketika, Terpahatnya Lama

Kota Kinabalu. Trip yang aku rasa ad-hoc ini seperti serampang dua mata. Memang lama sudah hasrat untuk ke Kota Kinabalu. Tambahan pula, sahabat aku daripada UTP semasa zaman universiti ada di sini. Ahmad Loqman (juga dikenali sebagai LoQ, Lukas, Semut). Banyak cerita aku die tahu sebab dulu pun die yang banyak advise etc. Nota, assignment, perwaris nota kecil, convo comittee, final year project verification kat Penang la segala bagai mak nenek la. Banyak sangat nak cerita dan tak perlu diceritakan pun di sini.
Gunung Kinabalu view from Dairy Farm
Itu kisah lama. Tujuan utama aku ke sini selain untuk lawatan seorang sahabat kepada sahabat, dalam masa sama kita melancong menghabiskan cuti tahunan. Lepas konvokesyen UTP, September 2009 next jumpa tahun 2011 kalau tidak silap. Kemudian memang jarang nak jumpa cerita perkembangan masing-masing sebab aku di KL dia di KK.


Hari pertama aku di KK

Friday, April 19, 2013

Jalan Itu Tidak Lurus

Jam handphone tepat 1:04 pagi. Aku berlari jauh meninggalkan kota semata-mata mencari sesuatu dan mendalami sesuatu. Meskipun bibir mengatakan bercuti, berjimba dan seangkatan dengannya. Hakikatnya, melihat alam dan sekeliling.

Sepertama kali melangkah masuk ke rumah ini seakan serupa dengan rumah lainnya. Sehinggakan langkahku ke bilik lantas mengingatkan suasana semasa aku ke utara tanah air 3 tahun lepas. Bukanlah disebabkan bilik tapi sesuatu yang berada di dalam bilik itu.

Untunglah aku jika berupaya menjadi dan menghambakan diri pada ilahi secara totality. Terusik sekejap. Bergenang bukan kerana sedih. Gembira sebab setidaknya membukakan mataku.

Benarlah. Jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman.

Wednesday, March 13, 2013

First Post via Samsung Note 2

This my first post via my mobile. As it means for short posting, I just want to congratulate my friend Firza who recently engaged on 10 Feb 2013.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...