Tuesday, April 23, 2013

Kota Kinabalu, Indahnya Seketika, Terpahatnya Lama

Kota Kinabalu. Trip yang aku rasa ad-hoc ini seperti serampang dua mata. Memang lama sudah hasrat untuk ke Kota Kinabalu. Tambahan pula, sahabat aku daripada UTP semasa zaman universiti ada di sini. Ahmad Loqman (juga dikenali sebagai LoQ, Lukas, Semut). Banyak cerita aku die tahu sebab dulu pun die yang banyak advise etc. Nota, assignment, perwaris nota kecil, convo comittee, final year project verification kat Penang la segala bagai mak nenek la. Banyak sangat nak cerita dan tak perlu diceritakan pun di sini.
Gunung Kinabalu view from Dairy Farm
Itu kisah lama. Tujuan utama aku ke sini selain untuk lawatan seorang sahabat kepada sahabat, dalam masa sama kita melancong menghabiskan cuti tahunan. Lepas konvokesyen UTP, September 2009 next jumpa tahun 2011 kalau tidak silap. Kemudian memang jarang nak jumpa cerita perkembangan masing-masing sebab aku di KL dia di KK.


Hari pertama aku di KK
dijemput oleh LoQ di lapangan terbang. Aku bukan jumpa dia seorang tapi bersama rakan dia juga merupakan rakan sepejabat. Selesai kami semua makan lewat malam, terus ke rumah sewa LoQ. Sebenarnya rumah ini pun didiami oleh rakan UTP kami yang lain. Jadi, boleh dikira mini-reunion jugalah.
Karamunsing Complex - PETRONAS SBO Office
Hari kedua aku di KK bermula di Kompleks Karamunsing. Tempat di mana pejabat PETRONAS Carigali Sabah Operasi. Betul aku bercuti tapi LoQ kerja. Lantas kunci kereta diberikan untuk aku memulakan langkah mendalami KK. Tempat pertama aku pergi ialah ke Pasar Philiphine. Mencari brooch mutiara sebagai hadiah cenderahati untuk beberapa jam. Ini juga merupakan tempat terakhir aku pergi untuk siang hari ini kerana jam 12 aku sudah pulang ke rumah dan terus tidur sebab aku kena ambil LoQ balik kerja jam 6 nanti
PES 2013 via Sony PS3
Malam tiada apa yang menarik selain aktiviti bermain PES2013 sehingga jam 3 pagi bersama rakan-rakan LoQ (Mirul, Hakim, Aris, Naddy). Aku jumpa kawan baru. Sebelum itu, kami ke pejabat LoQ sekali lagi sebab nak clear dokumen untuk proses penghantaran gearbox di KK Port. Di KK port sempat la tengok aktiviti lifting dari lori ke boat. Ha ha ha.


Hari ketiga aku di KK bermula seawal jam 7.30 pagi. Itu dikira lewat kalau di Sabah. Kami terus ke pejabat LoQ untuk urusan pejabat dia. Aku ni bercuti ke bekerja? Asik pergi office je kan? Then, kami terus breakfast roti telur sedap sebelum teruskan journey ke Kundasang. Perjalanan KK ke Kundasang adalah laluan mendaki bukit. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Gunung Kinabalu view daripada Nabalu Park
Di Kundasang first check point kami berhenti kat Nabalu Park. Boleh nampak gunung Kinabalu kat sini. Then sambung journey ke Dairy Farm. Kalau cuaca cantik memang nampak macam kat New Zealand. Di sini aku berjaya mengatasi ketakutan pertama aku iaitu memberi makan kepada kambing. Actually aku gelk tengok lidah panjang dia. Dasar lelaki ego xnak kalah & pantang dicabar, yeahh I made it. Btw, susu segar dia sini memang segar. Sedap. Sebab datang weekend dia tak tunjuk.macam mana proses penjanaan susu tersebut.


Seterusnya, kami ke Tagal. Kat sini adalah sungai yang mengalir dan tempat dorang pelihara ikan kelah. Macam fish spa. Geli tu memang tak tahan la. Dengan ikan duk gigit kaki lagi. Ikan punyalah banyak. Tapi, aku berjaya mengatasi ketakutan kedua aku. Yeah. Fighting spirit orang kata. Next, kami ke ladang teh Sabah. Kat sini gak lah aku borong teh Sabah. Kat sini gak lah kami lunch and having tea. Dekat dengan ladang teh ni ada rumah panjang. Suasana nyaman bangat dong. Unik dia memang aku kagum. First time naik rumah panjang beb. Macam tu la perangai dia. If ever aku ada chance aku nk stay sini. Seriously unik.


Lepas tu, kami terus turun dari Kundasang. Kami singgah semula di Nabalu Park sebab nak amik gambar gunung Kinabalu and few personal reasons. Ha ha ha. Kat sini gak aku kena troll baik punya dengan mamat ni. Tapi atmosphere sini terbaikkkkk. Sejuk & nyaman. Kami terus turun dan singgah solat kat Petronas.

Dairy Farm - Tagal Fish Spa - Sabah Tea - Long House - Nabalu Park
Next place kami ke Menara Pemerhatian Tanjung Aru. Tak sempat nak tengok sunset sebab sampai situ dah pukul 7. Tengok2 kejap then terus pusing2 bandar KK. Sebab nak masuk Isyak, kami decide balik rumah dulu sebelum dinner. Tapi, dasar seteru utama dari zaman UTP (FIFA, PES) before gi makan sempat la berPES kejap. Ha ha ha. Then terus dinner kat kedai Makanan Sedap. Aku tak tau kenapa nama restoran dia macam tu. Tapi memang sedap makanan dia. Habis makan balik terus tido sebab pancit.


Hari keempat di KK dimulakan dengan menontong buletin pagi TV3. Siap2 then pergi check-in kat airport. Lepas check-in keluar gi breakfast. Sembang-sembang kosong bagai then LoQ antar aku airport balik before depart to KL.
LoQ si Tourist Guide (tak pernah berubah dari dulu)
Itulah alkisah aku di KK. Kepada LoQ by any chance ko baca posting ni, thank you for hospitality. Kurangkan bebelan semasa memandu. Banyakkan bersabar semasa memandu. Banyakkan training PES utk rematch dengan aku. Ha ha ha.
Pulau Gaya view from the Plane
Kepada pembaca blog ini. Itu je information aku boleh bagi. Sebab aku datang pun bukan dengan proper planning. Jauh perjalanan luas pemandangan banyak kawan. Syukur dengan kurniaan Ilahi sebab trip ini juga Dia temukan aku dengan satu penemuan yang membuatkan aku berfikir sejenak (refer posting sebelum ini).

p/s: 
keindahan alam ini benar-benar menyentuh hati aku. Elemen persahabatan diceritakan oleh alam kalau benarlah ia nyata, memang sangat menusuk kalbu. Berbuat baiklah pada alam kerana alam sentiasa bersujud pada yang Esa. Kita sebagai manusia ??? 

2 comments:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...