Wednesday, May 1, 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Temerloh. Daerah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. 130km dari kota Kuala Lumpur. Dihubungkan dengan Lebuhraya KL-Karak seterusnya dengan Lebuhraya Pantai Timur. Sebenarnya, kalau diikutkan fakta, Temerloh merupakan bandar kedua terbesar di Pahang selepas Kuantan. Geografinya pula, daerah Temerloh bersempadan dengan daerah Maran di timur, Bentong di barat, Jerantut di utara dan Bera di selatan.
Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
 Apa kaitan Temerloh dengan posting kali ni? Ikan Patin Masak Tempoyak. Itulah kaitannya.


Kami satu rumah, selepas mengemas rumah di pagi hari, nak dekat pukul 11 tu straight naik Duke hala ke pantai timur. Memang dari semalam rancang nak makan ikan patin masak tempoyak. Finally, dalam pukul 1 lebih kurang sampai di Temerloh.

Dia ada banyak kedai kat area sebelah Sungai tu. Sungai Pahang kot sebelah tu. Memang significant la sebab ada tulisan Temerloh kat tepi sungai tu. Actually, kiteorang ada aim satu kedai sedap nak makan kat situ, tapi kedai tu punya ikan patin dah habis. Dia tengah masak time tu. End up makan kat kedai sebelah. Tapi, kedai sebelah pun rasa patin sangkar dia pun terbaik. Nak makan patin buah, memang pergghhhh la duit melayang nanti.

So, nanti kalau korang ada masa, try ronda area situ. Memang banyak kedai ikan patin and memang ramai orang area situ sampai tak tau mana satu kedai paling sedap. He he he.
 

1 comment:

Thank you for your comment :)

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...