Friday, July 30, 2010

Champion MSL?

Salam Satu Malaysia ...

p/s: MSL = Malaysia Super League

Ok! 2 hari tak berblog kan? Erm. Just tade mood & keadaan kesihatan tak mengizinkan. So, since hari ini hari Jumaat and readers pon sure mcm kurang jek, aku nak update skit jek. Aku ade topik lain actually, tapi tadi bukak link FAM, terjumpa announcement nih (refer gambar bawah).

Persoalannya, adakah itu satu kontroversi?

Tuesday, July 27, 2010

Jika Aku Tahu Esok Matiku

Salam Satu Malaysia ...



Petang nih aku balik awal sebab keadaan diri yang kurang sihat. Aku online just untuk membaca blog-blog lain. Sedang aku blogwalking, aku jumpe satu blog nih. Die ade lagu Ramli Sarip bertajuk Andai Ku Tahu. Diadaptasi dari lagu Indonesia. Tapi, bukan lagu yang menjadi isu aku kali nih. Bila aku dengar lagu tu, aku teringat pulak perbincangan aku kat office tadi. Sedang kiteorang berbincang, perbincangan terhenti seketika. Amalia, officemate aku tiba-tiba secara tak semena-mena cakap, "Aku taknak mati lagi. Aku masih nak puasa lagi".


Terkejut lah masing-masing...

Monday, July 26, 2010

Virus Cinta Masuk Hidung

Salam Satu Malaysia ...

Monday Blues??~~Aiyakk..Hari nih tader istilah Monday Blues untuk aku. Aku memulakan kerja dengan tekun sekali kerana hari ini hari Isnin. Poyo tak hengat. Semalam around 12 malam dh masuk tidor dah. Pusing kiri. Pusing kanan. Pusing depan. Pusing belakang. Xdapat tidur gak. Inilah masalah aku dari dlu. Kalau selsema jek ssh nak tidur. Cuba mencuba sampai lah around 1:30 tak tidur tidur gak. Ape lah nasib. Tau tau jek dah tertidur. Tu pon terjaga banyak kali. Hidung amat tak selesa. Ini semua rezeki.

So, datang office tadi kepala berat jek. Malas nk masuk pon ade. Tapi demi tanggungjawab ke atas negara dan rakyat Malaysia (ayat poyo) aku gagahkan diri gak datang office. Hingus kat hidung nk keluar je kene tarik balik. Tapi, kekadang best sbb bile kite selsema orang takut skit ng kite. Takut berjangkit. Xtau aku dpt selsema nih dari siapa. Tapi, feel gak kekadang. Bukan selalu kene kan. Dulu time org kene selsema ke demam kat office aku salu gurau ckp, jgn MC, kasi skit kat aku. Skang dh kene batang hidung sendri baru tau.

Attend section meeting pagi dengan hidung dh mcm badut. Bile duduk static je leh feel hingus nk keluar. Gile style. Aku suke time tu. *Suke main hingus time tu*. Kah kah kah. Tapi, yg tak feel bile nk tarik balik. Over tarik nnt msuk tekak. Tu tak best tu. Ape nye entri la. Pasal hingus pon nk gadoh kan. Initially, mmg plan nk gi klinik pas meeting tapi tak jadi. Rugi la tak gi klinik kan sebab company dh cover. Padahal selsema jek pon.

Petang tu, takleh tahan dah. Serius aku dh tak leh tahan. Bagi menjalankan tanggungjawab di office, xnak lebih ramai org berjangkit, aku pon gi la klinik kat KLCC level 4 tu. Doktor Gopi nama dia. Dia pakai iPhone 3GS. Siap ada

Sunday, July 25, 2010

Apa RMK-10?

Salam Satu Malaysia ...

Masihkah anda ingat yg aku penah ckp aku pergi ceramah UMNO Jumaat lepas? Roadshow Selamatkan Negeri Selangor Darul Ehsan nama ceramah die. Ceramah yang dijadualkan start pukol 9:30 malam terlewat sedikit. Tapi, aku kagum dengan pihak penganjur sbb dorg mampu selitkan impromptu nye ceramah. Ceramah yang betul patut diberi oleh Datuk Noh Omar. Aku tak tau latar belakang penceramah. Tapi, dorg ade cite and aku tak ingat. Maybe korang leh google sendiri.

Sebelum aku cite pasal ceramah haritu, kalau korang perasan, dah seminggu kat blog aku ade link blog politik. Actually, link tu sume dalam bookmark aku. Tapi, bile asik format laptop link semua hilang. So, xnak kasi hilang, aku add kat blog sendiri. Terpulang pada anda untuk berkata apa pun. Saya tidak kisah sama sekali. Aku pon bukan jenis ikut gila gila politik ini semua. Tapi kekadang tu berminat nk tau ape lagi ape lagi ape lagi. Kata gen-Y kan.

Nih first time aku gi ceramah politik selepas disekolahkan semasa

Antik & Otai

Salam Satu Malaysia ...

Readers, korang have fun tak hari Sabtu ?? Ahaks..bagi aku, Sabtu aku on 24 July ialah hari paling penat dan banyak aktiviti. Aku suke keadaan itu sbb takyah nak susah susah fikir bende yang tak patut. So, major aktiviti actually ade 2 jek. X banyak mane pon. Tapi, mungkin sebab minat or minat or minat mendorong aku untuk explore lagi bende tu. Dasar gen-Y, mmg suke explore bende bukan-bukan. So, jom kite summarize..

Aktiviti 1: Mencari Barang Antik di Am Corp Mall

okes..few days back, aku dpt message dari Abg. Din kat FB. Die gitau, die nk gerak KL. Tapi, aku tak sure date die. Btw, abg. Din ni aku first time jmpe die kat Jitra. So, aku reply ckp ok jek just gitau masa ng date. Tup tap. Rupenye on 24 July die turun KL. Ok. Aku pon, roger je lah. Janji pada awalnye pukol 9 pagi kat Am Corp Mall. Aku grk dari Klang pon around 8:30 cmtu lah. Sampai jek sane, kedai mane bukak lagi. Sms tanye, die still having breakfast. Ok, aku cari port lepak dlu. Around 10++ baru die sampai.

Die nih gile barang antik. Aku just nk usha usha jek. X minat sangat. Just suke tgk and ade gak la yg bekenan kat hati. Aku tak penah tau kat LG Mall tu ade kedai ala-ala cm kat UpTown, berderet jual barang antik. Semua otai-otai jek yg jual. Pergghh. Kagum syial time tu. Siyesly aku tak penah tau. Yg aku tau pasal Mall nih, ade satu kedai DSLR yang jual quite murah gak. Tu jek. So, jenjalan usha skali. Abg. Din dtg ng adik die Naim. Aku penah gak jmpe. Mmg style tak minat sgt la kot. Ha ha ha.

Saturday, July 24, 2010

Futsal Nite Fever

Salam Satu Malaysia ...

Anda ingat entri ini? Kali ini, lanjutan daripada entri ini. Memang menjadi kelaziman dan minat yang mendalam terhadap sukan 5 sebelah ini. Ia nampak bodoh kerana 10 orang ingin mengejar 2 impian. Impian pertama mengejar satu benda bulat yang tidak ada perasaan. Impian kedua untuk memastikan benda bulat itu melepasi garisan di antara 2 tiang. Pelik nya sukan ini. Tapi ramai yang menyukainya kerana ia BEST. He he he.

Nak dijadikan cerita, berbekalkan keazaman yang tinggi juga, aku gi sana tak naik Janda Hitam (Black Widow) a.k.a Persona aku. Lama tak bawak kereta manual. So, aku naik si pintar Kancil lama aku. Lama dah tak naik keter tu. Dulu, keter tu la yang bawak aku sampai ke Penang, Sungai Petani dan merata lagi. Kereta tu gak lah yang bagi FYP (final year project) aku dapat A. Banyak jasa kereta tu. Start je engine kereta, masuk gear, perghhh .... lama x bawak manual. Serius lama xbawak manual. Tengah aku duk bawak kereta tu, tiba-tiba jek ...

Friday, July 23, 2010

Jumaat Tapi Tak Jammed

Salam Satu Malaysia ...

WoW. Hidup kembali ceria huh? Hey hey hey. Facebook dah aktif kembali? Yo Yo Yo. Okes. Nak menulis skit sebab jap agi nak gi Ceramah UMNO. Hari ini ada meeting. After lunch kat Dayabumi. Time lunch terus amik kereta balik rumah. Gerak ke Dayabumi amik chip coin utk tiket parking. Gerak Masjid Negara dan kembali semula ke Dayabumi. Meeting scheduled @ 3 PM. Great. Satu je aku tak suke meeting nih. Dorang panggil aku Encik Azmil. Diulang Encik Azmil. I hate title "Encik" kat depan tu. Panggil nama sudah. Xpayah nak formal bagai. Aku bukan PTD mcm Pekro. Hihihihi.

While meeting tgh running, kantoi tak silent handphone. Ringtone plak slack tak tukar profile semalam. Lagu Cinta Pantai Merdeka (chorus). Pergh. Rock Kapak syial Exec P nih. Damn it. Malu tapi pepandai la cover. Agak rude kalau bunyik handphone time meeting. No tak dikenali pada awalnya. Emergency call

Futsal Jumaat

Salam Satu Malaysia ...

Di suatu petang (beberapa minit yang lalu) ... click click (bunyi SMS) ...

From: Dek Chik Faris

"Sori kwn2, kita ada pertukaran waktu utk futsal malam nih..waktunya telah ditukar pukul 12.00 - 1.30..sejam setengah court kecik futsal arena..jumpa kamu semua di sana.."

masalah ke penyelesaian nih ??? ko ingat aku

Jujur Dari Hati

= This Post have been REMOVED by Author =

Thursday, July 22, 2010

Down Town Cheras

Salam Satu Malaysia ...

Korang semua mesti pernah terdengar istilah Up Town, Down Town, Bundle etc.. Tempat mcm nih salu nye mule beroperasi seawal jam 11 malam. Awal lagi pun ade aku rase, tapi tak feel la kalau sampai awal-awal. Actually, ade kebaikan die gak dorang bukak lambat. Mcm aku yang keje 8 pagi sampai 5 petang. Tu kalau ikut kontrak. Kalu kene extend, kekadang sampai malam. So, bile nak ade happy hour kan? Jawapan die mudah, Up Town, Down Town. Amik kunci keter, gerak sane cari barang, cuci mata, hibur hati, makan senang, balik tidur. WoW. Pakej lump sum tu. Sape nak offer cmtu lagi kan?

Nak dijadikan cerita. Semalam lepas office hour (after 5 PM), saje je trigger bdk2 office gi Downtown Cheras. Aku tak pernah sampai sana actually. So, disebabkan keinginan memuncak, ajak la sesape nak gi. Bajet skit jek nk follow, skali perghhhh

Wednesday, July 21, 2010

Hantu di Office

Salam Satu Malaysia ...

Pada suatu malam di office, bayangkan anda mendapat email ini ...

Dear Azmil,

Good to see that you left the office early tonight. I know Shahrin told you about my death. I was also a workaholic like you. I would sit late in the office, even when no one was around me. I just being at office. I had no friends, no social life. Even on weekends I would use to come to office. I missed all the fun in my life. Even my death happened at office while I was working. My dead boy was found by the house keeping guy and the security guard at the reception. I took a lot of work stress which my conscious mind could not bear that day. I ignored all the health problems I was having. And finally on that night (20th October 2009 @ 1124 PM)

Tuesday, July 20, 2010

Lampu Stop

Salam Satu Malaysia ...

Hu hu hu. Aku amat letih dan penat hari ini tapi somehow aku happy gak sebab dapat lepak reramai dengan kengkawan office. Actually, dah lama gila aku tak join budak budak lepak lepas keje. So, sebab masing-masing stress keje nk kejar deadline 23 July nih, officemate ajak teh tarik lepas keje. Tinggalkan keje yang melambak tu, terus gi pekena teh tarik kat Level 2 KLCC. And for the first time, aku bayar RM3.30 untuk secawan teh tarik (cawan mcm kat rumah tu). Abaikan. So, what's the topic tonight ?? Topic dia ialah Lampu Stop !!

Monday, July 19, 2010

Friendship @ Friendshit

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Entri ini mungkin panjan tapi saya rasa berguna.

Selamat malam semua. Berlatarbelakangkan alunan muzik Hotel California dendangan kumpulan Eagles, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat dan luahan hati saya. Seperti yang pernah saya katakan pada entri sebelum-sebelum ini, Tentuluran[Dot]Com merupakan rakan baik saya untuk saya bercerita. Walaupun ia bukan benda hidup, namun ia lebih berharga dari apa yang saya sudah miliki setakat ini.

Perjalanan hidup seorang manusia dicorakkan oleh kedua ibubapanya. Semua orang tahu bahawa bayi yang baru dilahirkan merupakan sehelai kain putih. Ibubapalah yang mencorak kain tersebut untuk mendapatkan corak terbaik. Perjalanan hidup manusia tidak seperti yang dipinta atau dirancang oleh manusia itu. Ia merupakan lebih kepada pengalaman hidup yang bermakna untuk menempuh hari muka. Itulah realiti kehidupan dari sudut pandang saya. Setiap perilaku manusia, pasti mempunyai sebab dan akibat. Kita mungkin tidak tahu atau sedari apakah muslihat di sebalik setiap tindakan manusia. Hanya dia seorang yang tahu akan tindakan yang dia lakukan. Kita sebagai manusia biasa tiada hak untuk melarang atau menghentikan tindakan mereka melainkan ia betul-betul tindakah yang salah. Persoalan di sini, siapakah kita untuk menghukum tindakan seseorang?

20 Days to Go

Salam Satu Malaysia ...

Sesi carutan akan bermula. I'm counting days to celebrate the most disaster day I ever had in my life.It's happened on 8th August 2009, which is a week before my convocation day. The date reminds me a lot of happiness, sadness and not to forget lessons learnt. Since then, my act much more influence by the incident. I shouldn't expect more since I may don't have the capacity to handle the situation. That is the most regretful acts I've been doing for the past couple of years.

Sunday, July 18, 2010

Erti Hidup

Salam Satu Malaysia ...

slow Sunday huh ?? hujan dari tengah hari sampai ke petang ... so, malam sejuk skit ... skarang di Kampung Baru ... semua housemate aku tiada di rumah ... tinggal keseorangan di sini ... erm ... erm ... tadi, Lukas ade sms & PM aku bertanyakan sesuatu ... ha ha ha ... Lukas is always Lukas ... dalam busy busy die pon, sempat jek nak tanye pasal aku ... ha ha ha ha ... x semua kenal ng Lukas ??? rakan dari UTP ... rakan online gamers ... cakap la game ape main kat UTP semua aku main, kalah ng die ... FYP aku, endorsement utk final report aku yang kene buat kat Penang pon die yang temankan aku ke sana ... ha ha ha ... aktiviti minggu nih mcm banyak habiskan dengan rakan-rakan ... haish ... tapi, kekadang tu, kita leh bezakan mana rakan mana sahabat ... definition aku senang ... since aku kat skolah di Sungai Petani lagi, aku dh define kan erti sahabat dan rakan dalam hidup aku ...
  1. Rakan - seseorang yang akan berada dengan kita di kala senang. Jangan lah expect lebih jika berada di kala kesusahan.
  2. Sahabat - seseorang yang akan berada dengan kita di kala senang dan susah.

Atas Pekan = Up Town

Salam Satu Malaysia ...

Jam menunjukkan pukul 3:20 pagi ... hu hu hu ... actually, aku baru je balik dari Shah Alam ... baru balik dari Up Town & mapley kat Hakim Seksyen 7 ... dalam keadaan x berapa ok nih pon masih keluar malam ... keluar tadi pun around 11:50 malam ... ape nak jadi ng aku nih ??? adeh ... tujuan aku ke Up Town hanya untuk mencari lanyard World Cup untuk negara Germany & Holland plus beberapa negara favourite ... as ussual, end up bende lain gak yang aku beli ...

so, sampai je Up Town tadi, terus ronda-ronda sambil cuci mata lah ... not bad item-item kat situ ... aku jumpe lanyard yang cantik ... tapi, dia untuk negara Italy ... carik Holland ng Germany xde la plak ... adeztah ... xpe, kedai lain maybe ade kot ... singgah kedai tie + caff-ling ... berkenan plak ng tie satu nih ... warne hitam stripe biru cair ... style kot ... murah pon murah ... RM 15 jek ... aku tak bukak pon lagi ... tgk dah berkenan, terus angkat ... ade satu lagi warna gray ... style gak ... tp, cm xelok membazir kan ... so, angkat satu jek ...

Saturday, July 17, 2010

Free! Idiot Test

Salam Satu Malaysia ...

Online for a while just to share Six Truths of Life

First,
You cannot touch all your teeth with your tongue

Second,
All idiots after reading the first truth, will try it

Minyak Petrol 2 Baldi

Salam Satu Malaysia ...

hurm ... one way to reduce stress and tense is by jogging ... he he he he ... aku tak tahu kenapa ... tapi, bila aku rasa malas nak fikir ... malas segala-galanya ... mula untuk menerima segalanya, aku akan buat something yang jarang or tak pernah aku buat ... so, pagi tadi aku bangun agak awal (awal untuk hari Sabtu) iaitu seawal jam 6:30 pagi ... aku siap semua mandi, pakai contact lens dan terus mencari kasut jogging ... *rasa-rasa mcm nak mandi minyak 2 baldi ... org salu mandi bunga ... aku nak mandi minyak petrol 2 baldi boleh ???* ... mimpi rupanya ... so, bangun la terus alang-alang mcm dah *&^%$ ... tidak pernah dalam tahun 2009 & 2010 aku bangun seawal nih pada hari Sabtu dan siap mandi ... tujuan aku satu ... JOGGING ...

actually, dah lama aku tak jogging ... selalu bersukan secara futsal yang mana dah berlari, berjogging dan menyepak sana sini ... kali ini, aku bangun awal dan terus bergerak ke Taman Rakyat di Taman Sri Andalas ... lokasi hanya 850 meter dari rumah aku ... so, merempit merupakan jalan penyelesaian berbahaya tapi cepat ... aku gerak around 7:20 AM ...

actually, kat situ time-time camtu dah ramai gile orang ... mostly, kaum Cina ... bkn nak racist kea pe la ... just nk hilite kaum dorang ramai kat situ ... mungkin dorang pentingkan kesihatan ... samalah mcm aku jumpa sorang uncle kat Sungai Petani masa trip aku ke Guar Cempedak ... umur 60 tahun tapi style sehat tak hengat ... kat situ ade gak site org nk ber-tai-chi (bkn tai-chi kerja cm biasa dengar) ... mmg sesuai la kalau untuk bersenam awal pagi ... aku syorkan pembaca pergi sini ...

Friday, July 16, 2010

Farewell for me ... but when ???

Salam Satu Malaysia ...

Today is my General Manager in the department farewell ... since yesterday, I was assigned to prepare simple montage for his farewell ... with all materials I gather, I started works on the simple montage at 5:20 PM yesterday ... this is due to my meeting in Dayabumi ended around 5:00 PM ... I don't mind to do this actually but somehow, I feel like .... it's hard to express through words here ... so, below is the montage I've prepared for him ... wish him all the best in future undertaking ...


Thursday, July 15, 2010

Bullshit

Salam Satu Malaysia ...

orang ckp hidup ibarat roda ... YES ... I'm agreed ... sebab tu tak selalu kat atas ... tapi, susah gak lah kalau selalu kat atas ... straight to the point la senang ... aku TENSI keje hari ini ... actually, aku happy kerja hari ini until aku masuk meeting petang tadi ... meeting tadi ok tapi closing die ruin everything ... so, I'll blame the meeting ... bile aku stress & tensi, aku suka buat bende bende kat bawah nih ...
  1. Bawak kereta laju laju ...
  2. Dengar music kuat kuat ...
  3. Makan chocolate banyak banyak ...
  4. Marah orang tak tentu pasal ...
  5. Senang naik hangin tanpa sebab ...
actually, aku jadi cmnih pon bersebab ... bukan aku mintak jadi bende bende camnih ... tp, life is experience gaining process ... susah nak cakap ... aku dh susah nak percaya orang tapi aku percaya orang tak akan tipu ... aku pernah kene betray dengan member sndiri ... kene tikam dari belakang dengan member sendiri ... pernah rase member bile susah jek carik ... bile senang blah buat tak tahu ... itu lumrah manusia ... sebab aku pernah experience bende bende cmtu la aku seek for perfection ... aku think 1 step ahead ... aku banyak berfikir sebelum buat ... bile aku dh fikir dlu then x dpt solution, then my problem start to arise ... aku mule stress and tensi ...

Taknak Saman DBKL

Salam Satu Malaysia ...

ok!! first thing first ... aku takleh nak tipu diri sendiri ... aku minat berblog ... so, agak sukar untuk aku tipu diri aku ... aku x kisah org nak kate ape ke ape ... nih dunia aku ... why bother ?? the rest, let it remain inside me ... so, aku xkan STOP berblog ...

just now, aku balik kerja around 7:00 PM ... sampai kat LRT Kg. Baru around 7:15 PM ... meeting since afternoon ... then, @ 5:00 PM masuk office buat kerja skit ... tomorrow gonna have another meeting ... enough about works ... then, sampai rumah, siap siap semua aku terus ke Tasik Titiwangsa utk bersukan ... kisah apa korang nak tau ke tidak ... sempat lah buang air siap kat sana ... kecik ke besar itu hal aku ... wakakakaka ...

Tuesday, July 13, 2010

TV Delivery call 1-800-999-000

Salam Satu Malaysia ...

kembali semula kepada kehidupan realiti ... adeh ... it's ok ... berimej dengan kopiah dan baju melayu di FB melambangkan aku anak Melayu Malaysia ...adeh ... cukup sudah segala karutan dan carutan ... hidung x ikal mayang, rambut tak seperti seludang ... ada hati nak mengarut ... apa mau cerita nih ??? susah btul nk masuk ke mukadimah kan ??? go slowly ... step by step ... 1 ... 2 ... 3 ...

Niat di hati memang kencang ... nak JOGGING kat Taman Tasik Titiwangsa ... mmg pergi pon kat sane ng Anep ... seryes x tipu ... kol 6:20 petang kteorg gerak dari Kg. Baru ... selambe redah jammed Jalan Tun Razak ... ape sangat jammed kat Jalan Tun Razak tu ... sampai jek kat Taman Tasik Titiwangsa (bukan Titi Hj. Idris), tup tup tup ... tap tap tap ... hujan dah turun ... damn it ... bengang pon ade ... suke pon ade ... ssh nak gambarkan perasaan cmtu ... ibarat telan diludah ... diludah ke langit ... paham x ?? ssh nak gambar kan tu ...

*Niat nak jogging tapi hujan*

takpelah tak dpt nak berjogging ... ssh nak menzahirkan niat ... bile dh nak dizahirkan, xpat lak kan ... xde rezeki ... redha je lah ... okes ... dasar lelaki PMS (Pervert Man Syndrome), tujuan ke Titiwangsa GAGAL ... misi seterusnya, mencari jalan pulang dengan laluan berbeza ... still samar samar ... x jmpe gak ... ampeh tol ... end up masuk Jalan Tun Razak ... jammed die ... perghhh ... kat Kedah pon tak jammed tau ... tense gile aku ... main FB pon sempat time jammed tu ...

*Jammed cm %$#@*

sampai umah je dah maghrib ... mandi mandi bagai ... siap sume ... misi seterusnya, delivery TV CRT dari Guar Cempedak ke Bukit Antarabangsa ... dengan xde GPS, gune GMS (Google Map System) pon jadik lah ... sampai sampai je jumpa Mohd Naim (abg. Wadi) ... jumpe mcm dh kenal 10 tahun ... mmg sempoi la "orang bujang seminggu" nih ... bab karut lagi melalut, tu toksah cerita la ... siap banje makan dinner agi ... (bajet nk suruh kteorg teman kan la tu ... almaklumlah duk sorang, bosan) .... wakakakaka ... tapi dia style (bodek bodek) sampai umah die jek, jamu air Twister Oren ... baru igt nak mintak Nescafe ke BOSS ke ... hahahaha ... rezeki tuhan, kite terima jek ... sebbaik TV still functioning ... tym nak balik tu, sempat la jumpe Mohd. Nazmi (abg. Wadi gak) ... so, complete lah 5 orang abang die aku dh jumpe ... tapi, tetap Abg. Din & Naim terbaiek ... wakakakaka ...

*TV Special Delivery mai dari Guar Cempedak*

[[ kepala pun dah pusing ]]
[[ hati pun dah rungsing ]]
[[ badan dah berguling-guling ]]
[[ aku mahu berjiwang kering ]]

Monday, July 12, 2010

Guar Cempedak Episod 4 - Edisi Mawi

Salam Satu Malaysia ...

Untuk episod terakhir sebelum aku merumuskan pada entri akan datang, episod terakhir ini akan berkisar mengenai Mawi seperti mana yang telah dijanjikan pada episod 2 & episod 3 ... penggunaan tatabahasa yang betul juga akan dikurangkan sebab aku penat nak taip ...

ok ... actually 10 July 2010 ialah 2nd last day aku kat sini ... ha ha ha ... pada sebelah pagi hingga ke tengah hari, kami pergi ke Majlis Pertunangan anak perempuan Pak Anjang (adik kepada ibu Wadi) ... kat situ, jmpa la almost semua abang-abang Wadi ... paling x tahan jumpa abg. Din ... adehhh ... merapu ja keja ... ha ha ha ... tp super nice la abang Klasik nih ... keh keh keh ... sorry readers sbb tader gambar ... camera dalam keter time tu ... masing-masing malas nak gi amik ...

habis je majlis tu, kami gerak balik dlu ... nak gi ke Lembah Bujang ... siyesly aku tak penah ke sana ... hu hu hu ... so far, lebih kurang mcm trip gi Penang ke Rumah P Ramlee ... so, ape lagi, Cikgu Wadi la yang duk explain itu explain nih ... aku tak minat melain kan satu jek ... ape kah dia ?? Lubuk Tupah jawapan dia ... sebelum ke Lembah Bujang, kami lalu kat Lubuk Tupah ... aku pernah gi sini dulu ... tapi, kali ini tak dapat jumpa lak couple buat projek ... abes jek kat Lembah Bujang, terus je balik ... jalan dh macam pusing satu Gunung Jerai dah ... dalam kereta tu, aku mmg telah di"basuh" la dengan mamat sebelah tu ... tapi, menarik ... aku suka ... serius aku suka tapi aku x suka tunjuk aku suka depan depan ... he he he he ...


Special Edition : Episod Mawi

Seperti yang dijanjikan, kali ini nak cerita pasal Mawi lebih skit ... Mawi makhluk istimewa ... penyayang, manja dan tidak lupa pemalas ... ha ha ha ... untuk pengetahuan semua, Mawi adalah seekor kucing belaan keluarga Wadi ... *toink* ... pasal ape name Mawi, jgn tanye sbb aku sndri pon tak tahu ... he he he he ... Mawi nih suka berperangai tidak senonoh ... contohnya ada lah seperti dia dan tuannya di ruang tamu rumah ... bak kata tuannya, Mawi mungkin keletihan ... mungkin juga betul ...

tapi, tabiat Mawi yang aku tak pernah jumpa ialah dia suka tidur sekali dgn manusia ... malam pertama aku kat sana, tuan dia offer dia tidur skali atas katil tu ... end up aku suruh halau sebab aku "geli" ... *geli mat geli mat* ng bulu Mawi ... malam terakhir aku kat sana, apa salahnya try ajak Mawi tidur skali kan ... hasilnya, nih dia kat bawah ... duk celah-celah situ ... sebbaik aku pakai kain pelikat ... kalu tak, haruuuuu ... itu baru satu posisi ... ada satu posisi lain yang tidak ditangkap ... posisi maut Mawi yang menyebabkan aku terpaksa menyuruh tuannya angkat halau keluar ... hadoooiii ... Mawi ooo Mawi ... seperti kata tuannya, "salu Mawi dapat tulang ja, malam nih dia dapat daging, nyenyak la tidoq" ... aku xmo cite maksud tersirat ...

itulah al-kisah Mawi si kucing yang istimewa ... sebelum aku balik pon, jumpa Mawi jugak ... lepas tgk bola 3rd place, on FB sbb nk hayati jam-jam terakhir di situ (mcm dlm FB kat bawah nih)... berat rasa hati nak balik actually ... KL & Kedah banyak bezanya ... seriusly aku berat hati nak balik time tu ... tak caya, ini lah FB aku ... skang dh mula sedih ... apa yang aku sedih ?? Jalan Langgarq ?? Mawi ?? Gunung Jerai ?? Rumah Wadi ?? Pantai Murni ?? Titi Hayun ?? *tiada jawapan specific* damn ... banyak pengalaman aku kat sana ... rumusan secara total akan aku tulis sekali lagi ...

Itulah nukilan dan coretan untuk hari ketiga ...
Sebarang kejadian yang berlaku, biarlah empunya badan yang tahu dan kongsikan yang mana sesuai ...

Nantikan rumusan terakhir ...

p/s: editted part tulang

Guar Cempedak Episod 3

Salam Satu Malaysia ...

Lanjutan daripada coretan pengalaman semasa berada di utara tanah air Malaysia, kali ini saya akan kongsikan pengalaman untuk hari ke-2 semasa berada di sana. Tanggal 9 Julai bersamaan hari Jumaat. Kami (saya & Wadi) keletihan akibat daripada aktiviti mandi air panas pada malam sebelumnya bersama Suhardy & Nizam. Pagi Jumaat kami dimulakan dengan hidangan sarapan. Pada awalnya, saya amat kaget untuk melelapkan mata lebih lama kerana saya sedar saya sekadar tetamu. Namun, dalam tidak terniat untuk bangun lambat, pukul 9 juga baru saya mandi. Air di situ boleh tahan sejuknya. Menggigil sekejap.

Setelah selesai bersarapan, kami ke kedai untuk membeli komik dan meneruskan siri penjelajahan saya. Destinasi pertama saya ialah ke Batu Hampar dan kemudian ke Air Terjun Titi Hayun. Untuk ke sini, kami akan melalui jalan yang mana terdapat pemandangan Gunung Jerai beserta sawah padi. Pemandangan amat cantik bagi saya yang amat jarang ke kampung. Batu Hampar merupakan lokasi air terjun atau hutan simpan tidak ubah seperti air terjun di Ulu Yam.

Sepanjang perjalanan kami ke sana, kami terserempak dengan beberapa pasangan Melayu. Dialog yang sudah menjadi kebiasaan, "tengok tu, buat projek la tu", kata Wadi. Saya ia kan sahaja sambil cuba mengelak bersangka buruk (konon-konon baik .. xleh blah padahal sama ja kepala ... kah kah kah). Kami tidak pergi jauh pun, hanya singgah sebentar melihat arus sungai yang agak keruh akibat hujan pada sebelah malamnya. Memang tiada niat untuk berendam atau menikmati air di situ sebenarnya.

Tidak jauh dari situ, terdapat Air Terjun Titi Hayun. Tempat rekreasi ini amat terkenal jika tidak silap saya. Ia merupakan tempat riadah keluarga. Di sini terdapat Air Terjun Puteri Mandi & Tangga Kenari. Air Terjun Puteri Mandi sama seperti air terjun lain di Malaysia. Namun, saya ingin menceritakan keunikan Tangga Kenari. Mengikut Wadi, Tangga Kenari merupakan tangga yang dibina sehingga ke puncak Gunung Jerai.

Jika anda ingin menjimatkan penggunaan minyak petrol pada kenderaan anda, anda boleh mendaki tangga tersebut. Lokasi tangga tersebut seperti laluan denai dan tersusun rapi oleh anak-anak tangga. Kami berusaha untuk sampai sehingga ke puncak. Namun, disebabkan beberapa faktor seperti hari sudah ingin tengah hari (Solat Jumaat) dan faktor pakaian yang tidak sesuai, kami batalkan niat untuk ke atas (bukan sebab pancit ok).

Setelah selesai melawat Air Terjun Titi Hayun, kami kembali pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang, Wadi membeli 2 bungkus air Nira Nipah. Saya tidak pernah minum air tersebut. Harap maaf, tekak saya tidak boleh menerima rasa air tersebut. Air tersebut seakan-akan rasa benda yang saya pernah rasa tapi saya tidak ingat apakah rasa itu. Yang pasti, air itu agak wangi. Setibanya di rumah, saya dijamu untuk makan tengah hari. Walaupun perut masih terisi dek sarapan, saya tidak akan menghampakan tuan rumah. Saya makan juga. Selepas itu, kami bersiap untuk menunaikan Solat Jumaat di masjid berdekatan.

Aktiviti sebelah petang tidak banyak bezanya. Mengikut perancangan, kami akan ke Lembah Bujang, namun saya telah mencadangkan agar kami ke Alor Star mencari Jalan Langgar atau lebih tepat mencari Jalan Titi Haji Idris. Secara jujurnya, saya tidak tahu pun jalan untuk ke sana. Semuanya berdasarkan pengalaman Wadi. Kerana dia pun tidak mahir, dia menelefon abang dia untuk memberi bantuan kepada kami. Akhirnya kami jumpa jalan yang dicari. Aku masih teringat dialog di dalam kereta.

Wadi: Jalan Titi Hj Derih kat na?
Abg. Wadi: Ikut Jalan Langgarq nampak Pejabat Pos hang kona kanan. Nak buat pa kat sana?
Wadi: Nak jumpa Hj. Derih.
Abg. Wadi: Kirim salam kat dia na.

Sebenarnya, Titi Haji Idris merupakan nama jalan. Kadang-kadang mendengar dialog perbualan mereka membuatkan aku tergelak sorang-sorang. Begitu banyak idea kreatif yang begitu 'smooth'. Ha ha ha ... Mungkin itu ialah "The Beauty of Kedah". Rumah yang kami ingin cari tidak terjumpa. Lalu, kami menukar sekali lagi perancangan iaitu hendak ke Jitra (rumah Abg. Din a.k.a abg. Wadi). Selama saya memandu, saya tidak pernah menjumpai toll yang berharga 40 sen. Namun, di sini terdapat satu tol bernilai 40 sen dalam perjalanan ke Jitra.

Setibanya di rumah abg. Din, saya terkejut kerana belum masuk di rumah, expressi saya terhadap rumah tersebut seperti "Muzium". Dalam erti kata lain, agak banyak barang-barang antik atau abg. Din lebih gemar menyebut "Classic". Diajaknya saya untuk melihat segala koleksi yang beliau ada. Agak menarik dan teruja. Walaupun Wadi seakan memberi tanda jangan melayan abg. Din, namun saya ingin tengok lebih dekat lagi. Memang abg. Din seorang yang kuat "merapu". Tapi, anda tidak akan kering gusi kalau bersembang dengannya. Yang buat saya teringat kat abg. Din nih ialah anak dia yang berusia 2 tahun (Ariff) & Jamil Bin Abu. Adakah patut dia panggil saya Jamil Bin Abu. Orang panggil saya Jamel sahaja. Memang peminat barangan klassik, sudah pasti meminati filem P. Ramlee.

Tujuan kami ke rumah abg. Din adalah untuk mengajak beliau ke Bukit Kayu Hitam. Atas urusan lain, beliau tidak dapat turut serta. Akhirnya, kami berdua yang pergi ke sana. Ini merupakan kali pertama saya ke Bukit Kayu Hitam melalui post kawalan Imigressen. Singgah di Zon Bebas Cukai sebentar sebelum patah semula. Selesai sahaja di Bukit Kayu Hitam, kami terus pulang ke Guar Cempedak.

Aktiviti malam tidak banyak yang berlaku. Kalau dasar kaki "stalker" malam kami pada hari Jumaat itu hanyalah menonton Imam Muda (saya seorang yang menonton) & bermain FB (sambil stalking). Tidak juga kurangnya melayan Forum di Lowyat.Nett. Semuanya biarlah di situ dan tidak perlu dihurai panjang. Saya masih tidak bercerita mengenai Mawi bukan ??? Semakin hampir cerita itu ... Pada hari ke-3 (episod ke-4) ...

Itulah nukilan dan coretan untuk hari kedua ...
Sebarang kejadian yang berlaku, biarlah empunya badan yang tahu dan kongsikan yang mana sesuai ...

Nantikan episod seterusnya ...

Sunday, July 11, 2010

Guar Cempedak Episod 2

Salam Satu Malaysia ...

Lanjutan dari Guar Cempedak Episod 1, di sini saya ingin menyambung penulisan mengenai pengalaman berada di Guar Cempedak, Kedah. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Guar Cempedak pada hari Khamis 8 Julai 2010. Perjalanan bermula seawal pukul 8:15 pagi yang mana saya bertolak dari Kampung Baru terus menuju ke utara tanah air. Memang sudah diniatkan untuk menuju ke utara tanah air demi merealisasikan salah satu daripada "5 Misi Mustahil" iaitu untuk pergi ke negeri Jelapang Padi. Syukur pada tuhan kerana dianugerahkan sahabat yang dilahir dan dibesarkan di sana iaitu saudara Najwadi (a.k.a Wadi). Sepanjang tempoh pengembaraan saya di sana, beliaulah yang menemani dan menyediakan segala kemudahan asas (makan & minum) termasuk tempat tinggal.

Saya tiba di Plaza Tol Gurun tepat jam 2:15 minit petang. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 6 jam amat penat untuk diharungi lebih-lebih lagi apabila memandu seorang diri. Setibanya saya di Plaza Tol Gurun, saya dijemput oleh KBU 4223 Wadi dan terus menghala ke kedai Nasi Kandar untuk mengalas perut. Saya agak terkejut kerana stigma pertama saya menyatakan Guar Cempedak seperti Bintulu dari aspek jalan raya sebaik saya keluar dari Plaza Tol Gurun. Namun, segala tanggapan itu dapat saya lenyapkan setelah saya melihat keadaannya yang sebenar. Jauh lebih elok seperti apa yang saya sangkakan. Seterusnya, kami pergi ke rumah saudara Wadi dan berjumpa dengan kedua orang tuanya. Untuk pengetahuan pembaca, bapanya ada lah seorang pesara guru manakala ibunya seorang suri rumah tangga.

Tidak banyak perkara yang dilakukan pada petang itu kerana keletihan mungkin. Memang sudah menjadi lumrah dan sifat fizikal saya apabila keletihan, selera makan akan terus menghilang. Segala jamuan yang disediakan oleh mereka tidak dapat saya telan kesemuanya. Bukan bererti menolak tapi mungkin tekak yang keletihan enggan menerima. Saya suka suasaan persekitaran di sana. Amat nyaman dan tenang tidak seperti di bandar-bandar besar. Airnya amat sejuk. Di rumah tersebut, saya juga diperkenalkan dengan Mawi. Bicara mengenai Mawi akan saya tuliskan pada episod akan datang kerana Mawi merupakan makhluk tuhan yang istimewa.

Pada tika petang itu, kami bertemu dengan rakan-rakan sepermainan Wadi iaitu Suhardy & Nizam. Melepak dan bersembang bersama mereka begitu mengujakan. Seperti melepak bersama-sama rakan-rakan sekolah saya di Klang. Tapi, topik perbualan yang berbeze membuat saya teruja. Secara keseluruhannya, saya lebih banyak mendiamkan diri kerana tidak biasa dengan keadaan itu dan mungkin untuk cuba menyesuaikan diri. Kami menuju ke Pantai Murni sambil menjamu Rojak Buah & Cucor Udang serta Air Jagung. Sebelum maghrib menjelma, kami pulang ke rumah masing-masing.

Aktiviti malam merupakan aktiviti yang begitu saya nantikan. Sebelum itu, saya dijamu makan malam yang disediakan oleh ibu Wadi. Dalam keadaan masih penat dan masih malu, saya tidak makan banyak. Sekadar mengalas perut. Seperti yang dijanjikan, kami berempat akan ke Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling. Saya pernah terdengar keunikan kolam air panas ini namun belum berkesempatan untuk ke sana. Peluang yang diberi, tidak disiakan begitu sahaja. Kami bertolak dari Guar Cempedak pada jam 9:30 malam. Perjalanan yang agak lama disebabkan keadaan jalan raya serta kekurangan papan tanda, kami telah tersesat. Mujurlah GPS menjadi penyelamat namun, keadaan amat tidak meyakinkan kerana GPS mengarahkan mengikut jalan kebun getah yang amat gelap. Jika lampu KBU 4223 tidak bernyala, maka hanya gigilah yang menjadi sinaran pada malam itu.

Kami tiba di Kolam Air Panas pada pukul 11:30 malam. Setibanya di sana, Suhardy terus mencari kedai burger dan membeli 4 biji burger. Ini adalah burger paling besar saya pernah tengok (tidak termasuk burger McD or KFC). Bagaimana hendak menghabiskan burger sebesar itu? Keadaan tidak memihak kepada saya dan Wadi. Kami tidak mampu menghabiskan makanan tersebut, namun rakan-rakan lain berjaya merealisasikannya. Kolam air panas ini memang betul-betul panas. Kami hanya mampu memasukkan kaki dan sampai ke badan. Tidak berani sama sekali untuk menyelam ape tah lagi berenang di situ. Kami pulang pada jam 1:00 pagi.

Dalam perjalanan pulang, saya dan Nizam telah pun terlelap. Terdengar sayu-sayu suara Suhardy dan Wadi sedang rancak berbual demi menghilangkan rasa mengantuk. Akan tetapi, ada satu ketika, saya tidak terdengar sebarang bunyi dari bahagian depan. Jelas sekali, Suhardy sudah tertidur. Saya tidak dapat meneruskan tidur saya kerana bimbang akan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini kerana keadaan jalan raya sebegitu. Saya hanya mendiamkan diri di belakang sambil mata terbuka. Dalam diam itu, sempat juga melayan lagu Shahir & SUJU. Selepas menghantar pulang Suhardy & Nizam, kami pulang semula ke rumah.

Kelibat Mawi masih lagi kelihatan. Kami terus ke bilik dan mempersiapkan diri untuk berehat dan melelapkan mata. Wadi mencadangkan agar Mawi dibawa bersama kerana Mawi makhluk istimewa. Saya tidak kisah. Tapi belum sampai 10 minit, Mawi telah diarah keluar kerana berperangai tidak senonoh. Siapakah Mawi ini ??? Tunggu ya rakan pembaca.

Ituulah nukilan dan coretan untuk hari pertama ...
Sebarang kejadian yang berlaku, biarlah empunya badan yang tahu dan kongsikan yang mana sesuai ...
Nantikan episod seterusnya ...

Antara Kasih & Sayang

Salam Satu Malaysia ...

Jam menunjukkan 4:48 minit pagi pada tanggal 11 July 2010. Beberapa jam lagi, akan bergerak ke Kuala Lumpur. Berat rasa hati untuk meninggalkan tanah utara Malaysia. Mungkin, ini kali terakhir menjejakkan kaki di sini. Mungkin ada lagi perjalanan seterusnya ke sini. Mungkin juga tidak.

Dialog 'Ada aku kisah?' menjadi dialog bualan malam-malam hari. Walaupun agak menyakitkan hati, tapi ia bualan kelakar sebelum tidur. Hari-hari aku berada di sini, terasa lebih bermakna. Mungkin kerana tiada komitmen kerja mahupun keserabutan otak. Belajarlah dengan meniarap,merangkak,berdiri,bertatih,berjalan dan berlari. Janganlah kita terus berlari kerana sudah pasti akan jatuh.

Semua ilmu dan pengalaman yang diperoleh tidak ada tolok banding dengan wang ringgit. Ianya lebih bernilai dari sejongkang emas tulen. Disini juga aku menyaksikan keindahan anugerah tuhan. Ciptaan yang cukup indah dan unik. Hampir sempurna.

Hari makin larut, ingin ku habiskan penulisan ini dengan kadar segera. Selamat semuanya.

Saturday, July 10, 2010

Guar Cempedak Episod 1

Salam Satu Malaysia ...

Hari ini tanggal 10 July, usiaku makin meningkat kepada 24 tahun 3 bulan 2 minggu. Satu lembaran kehidupan baru telah tercalit dalam misi pengembaraan aku ke utara tanah air. Misi yang pada awalnya tiada arah tujuan, kini ia menjadi sesuatu yang bermakna. Sebagai manusia, kita sering terdedah dengan sikap prejudis dan skeptikal terhadap manusia lain di persekitaran kita. Jika diteliti, sudah pasti terdapat sebab dan akibat atas tindak tanduk manusia bersikap sedemikian. Setakat hari ini, sudah 3 hari 2 malam aku di bumi Kedah. Pada entri kali ini, aku hanya akan meceritakan secalit pengalaman aku semasa berada di sini. Akan aku pecahkan pengalaman aku ini kepada 4 bahagian.

Sebelum aku memulakan penceritaan aku, ingin aku hamburkan sekalung penghargaan aku kepada Mohd Najwadi kerana bantuan dan kemudahan yang disediakan atas dasar tetamu. Walaupun beliau sering memangkah aku (harap harap tidak..hehehe), banyak pengalaman aku peroleh di sini. Sehari demi sehari, banyak ilmu yang aku perolehi. Berbanding kehidupan di kota yang penuh dengan ranjau, keseronokan, tindas menindas dan lain-lain lagi. Walaupun dalam tempoh masa yang singkat, aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan semasa berada di sini. Tidak perlu mempunyai banggunan tinggi, kawasan 100% berhawa dingin, panggung wayang dan lain-lain lagi. Ia hanya memerlukan sesuatu yang mudah diiringi kekuatan hati.

Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata setakat ini. Begitu sukar untuk aku menulis di sini agar dapat dikongsi dengan rakan-rakan pembaca. Mungkin pengalaman ini lebih sesuai diceritkan secara lisan. Aku yakin rakan-rakan aku di Kuala Lumpur dan Klang pasti terharu dan terkejut dengan penemuan dan pengalaman aku sepanjang berada di sini. Sekelumit tulisan tidak dapat meleraikan segala pengalaman di sini. Ia tidak lebih dari seperti memberi isi-isi penting agar pembaca dapat menyelami pengalaman yang sama apabila tiba masanya kelak.

Kepada rakan-rakan yang teleh aku letakkan janji untuk menemani semua bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kelantan, aku menyusun 10 jari kerana tidak berjaya menuruti janji tersebut. Aku seolah-olah perlukan lebih masa untuk aku leraikan apa yang telah tersimpul dan sambungkan semula apa yang telah terlerai dengan corak yang lebih manis dipandang mata. Esok, aku akan memulakan perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya, pengalaman aku setakat detik ini (3 hari 2 malam) akan aku lengkapkan esok untuk menjadikan ia cukup 4 hari 3 malam dan secara tidak langsung menyemarakkan api kehidupan aku dengan cahaya suci agar dapat aku teruskan perjalanan hidup ini dengan lebih sempurna. Akhir kata, sekali lagi aku ingin ucapkan terima kasih kepada Mohd Najwadi sekeluarga.

Nantikan sambungan coretan ini pada bahagian 2, 3 & 4 ...

Wednesday, July 7, 2010

Axe Body Spray Memikat Gadis

Salam Satu Malaysia ...

Kalau korang nih prihatin terhadap iklan di Malaysia, mesti korang pernah terperasan iklan body spray jenama Axe kat tv sejak dua menjak nih ... iklan pasal lelaki pakai body spray then pergi kat kedai beli sandwich kot ... taknak cili ... tp, dengan berahinya cashier pompuan kat situ letak cili ... padahal die tulis phone number kat roti tu ... mcm tu la lebih kurang story line die ... iklan die korang leh tgk kat bawah nih ...



nak dijadikan cerita ... semalam aku ke Jusco Setiawangsa carik perfume kereta ... dan barang barang sewaktu dengannya ... singgah jap kat area penjagaan diri and nampak body spray Axe nih ... spray sekali henjut nk test bau ... kot kot sedap ... pergh ... boleh tahan la ... not bad actually ... maybe sebab kat tempat aircond ... tak beli pon ... spray kat situ jek ...

then, pergi kaunter nak bayar barang-barang lain ... huh ... guess what ??? RM 10 dengan phone number siap as balance ... it reminds me to the commercial ... kah kah kah ... amacam ?? betul ke Axe body spray nih betul betul memikat ??? jeng jeng jeng ...

jawapan die ... terpulang kepada individu ... mungkin duit aku dpt tu mmg dh sedia ada tulis no telefon tu ... agpun, tym tu aku gi bayar kat cashier lelaki ... so, terpulang pada individu ... by the way, ade sesape berani tak nak call no tu ??? lu pikir la sendiri ... keh keh keh ....

Tuesday, July 6, 2010

Melukis Menjadi Hobi Ariel Di Penjara

Salam Satu Malaysia ...

!!! aku seorang yang kreatif !!!
!!! aku mempunyai jiwa seni !!!
!!! aku dilahirkan untuk berkarya !!!
!!! seni itu subjektif !!!
!!! seni itu indah lahir dari hati yang ikhlas !!!

... korang percaya x dengan semua kenyataan kat atas tu ...

... dan hasilnya ...

:

:

:

:

:

:

:

:

... tadaaaaaa ...

... aku memerlukan 10 minit & paint ...
... aku mempunyai bakat terpendam rupanya ...

... [B] [O] [S] [A] [N] ...

p/s: title tiada kaitan antara hidup & mati

Monday, July 5, 2010

Cinta Pantai Merdeka

Salam Satu Malaysia ...

Pernahkah anda dengar radio di pagi hari ?? itulah rutin kehidupan saya setiap pagi ... mendengar radio semasa di dalam kereta ... walaupun, jarak dari rumah ke stesen LRT hanya 500 meter, namun kekadang tu sempat la dengar bait bait lagu ... hi hi hi hi ... so, pagi tadi kebetulan bukak HotFM ... seriously, tak tahu ape tajuk lagu tu ... tapi lirik lagu die tu amat familiar ... lagu Rock Kapak kot ...



setibanya die office, terus tanye member member office mane lah tau dorang ade simpan lagu Rock Kapak nih kan ... masing masing tahu kewujudan lagu tersebut ... tapi hanya seorang je ade simpan mp3 lagu tu ... adeh ... sebbaik ade org simpan ... so, terus send ikut e-mail ... then jadi lah lagu wajib dalam playlist (dlm playlist ade satu lagu jek) ... dari pagi sehingga petang ... antara bait bait lirik lagu tu ialah seperti di bawah ...

  1. Ku ukir namamu di awang Gunung Jerai ... disaksikan laut daun nyiur melambai ...
  2. Jauh pandangan permai ... di situ Tanjung Dawai terkenang peristiwa ... cinta kita terurai ...
  3. Oh indah nya ... peristiwa ... cinta kita di Pantai Merdeka ...
Kalau korang perasan, semua yang aku colorkan dengan warna MERAH, ialah nama tempat di Kedah ... selama aku belajar di Kedah, aku tidak pernah ke situ ... pergh ... perlu pergi ke sana mungkin ... tapi bila ???

WHEN ??? BILA ??? WHEN ??? BILA ???

Saturday, July 3, 2010

Ho Ho Holland Haw Liaw

Salam Satu Belanda ...

Memandangkan negara kita Malaysia pernah dijajah oleh Belanda pada suatu ketika dahulu ... akibat dari penjajahan inilah, kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya pelajar terpaksa belajar sejarah ... mengikut perjanjian British Belanda pada tahun aku tak ingat, sempadan Tanah Melayu dan Sumatera telah dibahagi dua ... sudah sudah ... ape kes cerita sejarah kan ... ???

Semua sedia maklum Holland / Netherlands / Belanda telah menewaskan Brazil / Brasil dengan kemenangan kurang bergaya 2 gol berbalas 1 gol ... ha ha ha ... aku ada sedikit cuak menyaksikan perlawanan tadi ... hampir sejam handphone aku dimatikan takut takut ade sms berbaur pembakaran terbuka masuk ke dalam inbox ... halftime jek, memberanikan diri switch on handset ... syukur, manusia masih berhemah ...

Dalam sejarah World Cup (betulkan aku kalau aku salah info), Netherlands tak pernah mengalahkan Brazil ... so, dengan kemenangan ini, sejarah baru terukir ... maka, buku sejarah kena update balik lak ... hadoi ... kalau gol gol yang dijaringkan oleh pasukan tu, aku yakin Astro HD 825-828 akan ade ulangan ratusan kali ... korang tunggu jek ... nanti jumpalah ...

Kat sini aku just nak ucapkan tahniah (walupun aku tau dorang tak bace) kat Arjen-Mil Arjen Robben (gambar bawah) & Sneijder (gambar atas) atas persembahan yang memberangsangkan ... Robben aku rasa, kelajuan dan kepantasan die, buat player Brazil cuak ... sehingga player lain bengang gile dengan die ... ntah lah ... mcm kite semua bengang ng Critiano Ronaldo yang main utk team Portugirl ... he he he ...

So, ape lagi ?? tunggu semi final pulak lah ... lepas tu ?? final mungkin ... sapa tahu kan ...

"ape nye Dungu player aku ??", kata Dunga

p/s: prediction si Wadieq tu selalu tepat ... adekah die kategori Sotong Kurita Germany yang suke meramalkan kemenangan pasukan lain ??? jeng jeng jeng ...

Thursday, July 1, 2010

5 Misi Mustahil !!!

Salam Satu Malaysia ....

Lepas jek short meeting dgn satu company nih utk promote barang die, aku terus gerak lunch dalam pukol 12:30 ... bukan niat untuk keluar awal atau pun ape, aku just nak ke Ibu Pejabat Polis Trafik kat Jalan HS Lee ... nak bayar saman yang tertunggak ... RM100 gak melayang mcm tu ... itu value selepas diskaun ... adeh ... dalam perjalanan tu (naik LRT jek) aku terperasan Stesen Bas Klang (yg dkt dengan Pasar Seni ... xtau nape panggil Stesen Bas Klang) ... banyak kenangan dengan Stesen Bas nih ... dengan itu, terlintas kat fikiran aku untuk membuat wishlist ... ade 5 kesemuanya ...

PERTAMA:
Aku ingin naik Komuter dari KL Sentral ke Klang ... kali terakhir aku naik public transport nih few years back (4 tahun lepas kot) ... dulu before naik Komuter dari KL Sentral, aku akan lalu kat Stesen Bas tu ... aku akan naik LRT di Pasar Seni untuk menuju ke KL Sentral ... classic kot kalau aku nak naik sekarang ...

*Komuter KTMB*

KEDUA:
Masih dengan Komuter ... aku ingin naik Komuter dari KL Sentral ke Seremban ... since aku start keje kat KL aku mempunyai cita-cita ini ... tapi, hampir setahun setengah aku berkhidmat dengan syarikat ini, aku masih belum mampu melunaskan cita-cita aku ...

KETIGA:
Jika dulu, dari sekolah asrama di Kedah, bas ekspres yang aku naiki akan berhenti di Puduraya ... dari Puduraya tu, aku lalu area Petaling Street untuk menuju ke Stesen Bas Klang untuk menaiki bas menuju ke Klang ... sekarang, aku ingin mengulanginya sekali lagi ... setelah hampir 7 tahun aku tidak naik bas dari Stesen Bas Klang ...

*Bus Stand Klang - Pasar Seni*

KEEMPAT:
Jika dulu aku bersekolah di Kedah selama 2 tahun, hanya sekali sahaja aku tidur di rumah kawan ... aku rasa patutnya aku perlu lebih lama rasai suasana di Kedah ... kali terakhir aku jejakkan kaki di Kedah (bukan Langkawi) ialah pada tahun 2007 ... itupun sebab mahu menyaksikan bola antara Kedah vs. Selangor ... sudah lama aku menyimpan hajat untuk ke Kedah semula ... tapi, beberapa bulan yang lepas, aku hanya mampu sampai ke Pulau Pinang ...

*Negeri Jelapang Padi*

KELIMA:
Sudah terlalu ramai menegur aku akan bentuk badan aku yang makin "membesar" ... aku admit aku makin "membesar" ... seriously ... mmg aku sendiri berasa tidak selesa ... bukan tidak selesa pabila orang berkata ... tapi, aku tidak selesa dengan saiz badan aku tapi aku bersyukur kerana limpah kurnia rezeki-Nya ... tapi, demi kesihatan, aku berazam untuk "mengecilkan" badan aku ... senang jugak untuk aku bersukan di hari muka ...

Kesemua azam ini akan aku cuba lunaskan dalam tempoh masa 3 bulan ini ... aku memerlukan sokongan rakan-rakan dan semua bagi menjayakan misi hampir mustahil ini ... terima kasih ...

p/s: lagu background ialah Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari - Aku dan Dirimu

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...