Monday, August 30, 2010

Seharian di office ...

Salam Satu Malaysia ...

Bebekalkan tidur yang kurang cukup gara-gara menonton perlawanan tak best Real Madrid vs Real Mallorca, aku gagahkan diri gak masuk office. Laptop dibuka, plug dipasang, suis ditekan. Bermulalah rutin aku seharian di office seperti hari-hari sebelum ini. Laci dibuka mencari tie yang bersesuaian dengan warna baju. Sebab hari ini aku pakai baju putih, warna apa pon tetap sesuai. Laptop di login, gtalk di sign in, facebook dibuka. Selesai semua itu, barulah aku mula sign in kepada outlook aku.

Oh tidak!! Hari ini tidak seperti hari-hari lain. E-mail semalam dan awal pagi tadi telah masuk sebelum jam 8 pagi. E-mail daripada Skill Group Advisor aku dah lama menyinggah di outlook aku since malam semalam. Dibaca dengan teliti, aku siapkan ia sepantas yang boleh. Aku tidak perasan dia sudah masuk office. Setahu aku dia bercuti hari ini. Datanglah dia ke tempat aku sambil meminta apa yang dipesannya semalam. Aku dah siapkan before 8:30 pagi lagi. Sebenarnya, thumb drive diberi untuk aku lakukan sesuatu. Aku rela. Itu tanggungjawabku.

E-mail kedua yang masuk sebelum jam 8 pagi datangnya dari Kerteh. Ia mengenai proposal yang aku submit last 2 weeks. Proposal aku diterima 75% sahaja. Aku estimate lebih rendah dari apa yang dikehendaki olehnya. Sebab budget cutting skang, aku taknak proposal aku direject sbab cost yg bukan-bukan. Aku try justify kenapa aku buat cmtu. Tapi takper sbb proposal kene lebih, sbb sure kene potong gak nanti. Aku revise balik proposal aku and seek for approval. Hopefully, Skill Group Advisor aku dapat present proposal aku kepada pihak di Kerteh by next week.

Tak Faham

Salam Satu Malaysia ...

Jam pukul 1:00 pagi hari Isnin. Macam biasa Ahad malam Isnin, aku susah tidur. So, semalaman nih aku buat write-up utk submission esok masa kerja. Baru je siap tadi. Hari biasa aku jarang bukak email Yahoo & Gmail aku, so masa nih lah aku nak clean up email aku. Yup !! aku dh clean-up. Kali nih, aku tak just archive jek, aku go through satu-satu. And based on feedback given, aku dh re-allign balik segala setting email aku, FB aku, blog aku dan segala-gala yang menggunakan email. Semua tu aku buat sekarang gak sebab takut tak sempat nak buat. Ok!! Satu dah abes.

Kedua, sebagai tanda terima kasih dan syukur aku, aku dah siapkan satu parcel untuk dihantar pada esok hari ataupun hari Rabu. Target sampai ke destinasi hari Khamis or Sabtu. Mungkin itu penghantaran terakhir aku untuk Ramadhan kali ini seperti yang aku telah niatkan pada awal Ramadhan. Walaupun segalanya seakan tidak baik sekarang, niat tetap niat. Buat tetap buat. Prinsip tetap prinsip. Janji tetap janji. Habis benda kedua.

Ketiga, last week travelling aku Klang-Batu Pahat-K.L-Shah Alam-Klang. This week, K.L-Klang-K.L-Melaka-K.L-Klang. Banyak sangat travel lately. So, aku akan kurangkan tapi, aku suka travel nih. Bila travel, hati aku tenang skit. Takder fikir bende bukan-bukan. Lately life been hard and become harder day to day. So, I need some space of air to breath. Yaaa. Daripada mengenang nasib yang bukan-bukan, baik aku fokus dan terus berlari untuk mengejar cita-cita aku. Mungkin sudah nasib aku bulan Ogos merupakan bulan malang bagi aku. Lihat sahaja tahun lalu. Bulan Ogos juga telah seakan-akan memporak-perandakan hidup aku.

Friday, August 27, 2010

Kekuatan Hidup

Salam Satu Malaysia ...

Lama dah aku tak utarakan pendapat aku sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dalam kan maksud dia? Yaaaa. Kali ini aku nak discuss atau memberi pendapat mengenai satu peribahasa Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Kalau dari maksud asal peribahasa ini, ia membawa maksud mudah ialah JANGAN TAMAK. Itu dari segi satu konteks. Konteks lain membawa maksud apa yang kita dah ada kita tak pernah puas dan kita inginkan lebih. Tapi, akhirnya kita tidak dapat pon yang lebih tu, pada masa yang sama kita terlepas apa yang kita dah ada.

Jadi, di sini aku nak bagi lah contoh sebenar yang pernah terjadi kat aku few years back and yet same thing almost happen again. I repeat, again. Kalau dulu, aku set priority apa aku nak buat, siapa aku nak jumpa, apa aku nak beli, exam nak score paper mana. Semua ada priority. Lagi tinggi priority dia, lagi struggle aku usaha walaupun aku tau end up tak berbaloi pon. So, bila aku fokus on the highest priority, aku hilang all the lowest priority. So, conclusion dia, apa aku kejar yang mana aku dah set TOP PRIORITY tapi aku tak dapat sebenarnya and at the same time aku hilang LOWEST PRIORITY.

Thursday, August 26, 2010

Hakim pun ada Istana ?

Salam Satu Malaysia ...

Datang kerja dengan perasaan amat mengantuk selepas penat berfutsal malam semalamnya itu. Rasa nak tidor je kat office tu. Sampai tengah hari still boleh tahan. Lepas tengah hari, otak dah jammed. Memang takleh fokus lantas terus aku buat perkara bukan-bukan. *off topic*

Nak cerita skit pasal tadi lepas balik kerja, aku ng housemate aku (Hanif) plan nak photo outing kat Putrajaya. Dalam keadaan kepala pusing drive terus ke Putrajaya. Jalan jammed cm biasa la. Kura-kura gerak lagi laju. Actually, tade ape-ape plan pon nak gi sana. Sampai sana around 6 petang. Terus drop by kat Masjid Besi tu then sambung lagi jalan nak cari spot menarik. Tak jumpa pon sebenarnya. End up singgah Bazar Ramadhan Presint 2 beli makanan utk berbuka. Ini kali pertama aku turun bazar sejak 1st day puasa. Besar gila bazar.

Monday, August 23, 2010

Motivasi Dinding

Salam Satu Malaysia ...

Di kala kebosanan selepas balik kerja, walaupun hanya berbaki 45 minit sebelum waktu berbuka, gambar diambil tanpa mengira waktu dan siapa menjadi mangsa. Setiap objek mempunyai maksud tersirat yang mungkin kita boleh rungkaikan. Perghhh. Intro dh macam A Samad Said. Kepala dah makin botak bila fikir office. Yes, work will never have its ends. They will never end. Never ending story I would say.

Tiba-tiba lak aku nak ulas pasal kehidupan. Pernah dgr org cakap, muka tembok? Sama lah macam muka tak tau malu. Itu bukan isu, sebab itu peribahasa yg dah lama guna sejak lama dlu. Jalan jangan pandang belakang. Aku tak setuju. Kalau tak pandang belakang, kita tak igt apa salah kita dah lakukan. Kita tak boleh bangga dengan kejayaan kita yang lalu. Jalan jangan sampai jumpa dinding. Samalah macam kehidupan, bila jumpa dinding ibarat ada satu masalah yang besar gila sebab takut dinding tu takleh nak roboh. So, easy conclusion is our life ends here. The truth is, no it won't.

Sunday, August 22, 2010

Rezeki

Salam Satu Malaysia ...

Di mana ada kesungguhan di situ ada highway. Mungkin benar jugak kata-kata Mat Sempit tu. Ya !!! Memang benar. Sempena bulan Ramadhan & Syawal yg bakal menjelang nanti, aku dan beberapa rakan kongsi aku yang lain ada la buat bisnes kecil-kecilan. Niat mmg saja utk main-main rasa penat cmna org berniaga. Sales boleh tahan lah. Untung berapa tu confidential beb. Takleh disclose. Kteorg berniaga kuih raya untuk officemate yang lain. So, depa tak yah la susah payah gi beli sbb balik gheja sure suma penat.

Order suma dh settle time puasa ke-2 aritu. Kiteorg close order time tu. And tak berminat nk amik and extra order sbab nih 1st time main jual-jual, so tak rajin sangat lah. Niat just nak tolong-tolong rakan-rakan. Dapat gak pahala bulan Ramadhan nih. X kisah la ikhlas ke tidak. Keikhlasan tak datang kalau tak buat. He he he...

Saturday, August 21, 2010

2 Sahaja !!!

Salam Satu Malaysia

Nak cakap 2 benda je nih

  1. Baru balik TGV tgk The Expendables and tak berminat nak tulis review die
  2. Selamat berbuka kepada yang berpuasa

p/s: esok nak gerak ke Johor. sapa-sapa duk Johor meh angkat tangan !!!!

Thursday, August 19, 2010

Tunangku Bunuh Diri

Salam Satu Malaysia ...

Tunangku mendiamkan diri. Nak kahwin ke taknak nih? Preparation almost baru nak start. Puasa dah nak masuk pertengahan, berbuka sekali memang belum lagi. Raya nanti tak tau camner. Kenapa kamu senyap jek? SMS tak balas !!! Call tak angkat !!! Paling teruk kalau call, kamu letak terus. Kecewa saya selaku pemanggil setia nih. Apa lagi yang kurang? Tak cukup ke kebahagiaan yang saya bagi selama ini?

Kalau awak nak putuskan pertunangan kita, marilah kita berbincang. Ini awak diam seribu bicara. Jangan sampai saya membuat pelbagai spekulasi di bulan Ramadhan ini. Jangan jadikan benda kecil sebagai tanda perpisahan kita. Jangan jadikan isu remeh untuk meretakkan perhubungan kita yang telah terjalin selama 7 tahun. Tolong lah selamatkan perhubungan kita. (gambar bukan gambar tunangku yang sebenar)

Tuesday, August 17, 2010

ANTI Agama & Kerajaan?

Salam Satu Malaysia ...

Sempena bulan Ramadhan nih, kat office melambak masuk email kuih raya, email tazkirah, email ajak berbuke bersama, email kerja dan email macam-macam lah. Dalam aku duk kalut nak archive segala email nih, tiba-tiba, e-mail dari Norfazlin (bukan nama sebenar) masuk. Pluporp!! (bunyik dia). Ada attachment. Tengok gambar bawah nih attachment dia.

Lepas baca je tgk, terkejut besar plak aku. Nih bukan kes pertama orang-orang cmnih ada kat FB. Dah banyak kali kot. Tapi, kali nih aku tertarik skit sebab budak nih macam seolah-olah memusuhi AGAMA & KERAJAAN. So, aku malas nak comment banyak. Korang tgk dan nilailah sendiri. Malas mau cakap. Sendiri dah besar. Sendiri ada akal. Sendiri pikir laaaaaa.

p/s: click gambar kalau mau besar. tekan ctrl+scroll ke atas utk zoom.

Sunday, August 15, 2010

Jalan Raya Malaysia Terbaik !!!

Salam Satu Malaysia ...

Lame gak aku tak update blog nih. Tapi hari ini rase terpanggil nak update blog nih atas satu sebab utama. Untuk pengetahuan pembaca, company aku keje, during bulan puasa, dorg bagi staff balik pukul 4 petang. Macam satu berita baik bagi aku. Aku rase, itu memang good news. Tapi, dah 2 kali aku balik sharp pukul 4 petang, sampai rumah ingat dalam pukul 5, tapi takpat jek sampai around time tu. So, kat sini aku nk share skit experience aku balik petang Jumaat dari Kuala Lumput ke Klang.

Sharp pukul 4 aku gerak dari office. Amik LRT sampai Kampung Baru untuk amik barang kat rumah sewa. Then, terus lah gerak ke Klang. Aku tak sure nk ikut Jalan Tun Razak then turun Jalan Duta (untuk masuk NKVE) or masuk Jalan Kuching (untuk masuk Federal). End up, aku pilih ikut Jalan Tunku Abdul Rahman masuk Jalan Tun Dr. Ismail then masuk Jalan Kuching untuk tembus ke Federal Highway.

Ternyata silap pemilihan jalan aku. Atuyai. Aku stuck kat Jalan Tunku Abdul Rahman je nak dekat setengah jam. Then kat Jalan Kuching tu memang aku fed-up gile. Seriusly. Kat situ je aku stuck dekat 45 minit. Just utk beberapa kilometer. Tak pernah aku rase slow gile cmtu. Motor kiri kanan celah sane celah sini. Around 5:30 baru dapat masuk Federal Highway. Ok skit sebab time tu laju, sampai lah ke Mid Valley. Tibe-tibe plak, BAMMMMMMMMM.

Tuesday, August 10, 2010

Sincere

Salam Satu Malaysia ...

I'm going to write this post in English. Meaning? My entry will be coming from the sincerity of my heart. It may difficult to express it in Malay but I'm grateful that I still can express it through my writing. Before I proceed, let me apologize for my "bad" English. I admit that I'm not good in English but I believe I've improved better and better as time goes on.

It take hours for me before I came to the decision to express the feeling depth inside my heart. It take hours for me before I can click the publish button. I've to undergo so many analysis conducted on my own before I've the strength to write this. I hope by writing this, I'll feel better. I'll feel great. I'll feel relief.

Sunday, August 8, 2010

Harapan Ramadhan

Salam Satu Malaysia ...

Bulan Ramadhan bakal menjelang.
Sudahkah anda bersedia?
Sudahkah saya bersedia?
Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini?
Adakah Ramadhan kali ini lebih sempurna dari sebelum ini?
Apakah percaturan untuk Ramadhan kali ini?
Jawapan kepada soalan-soalan hanya pada anda & saya.



Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak pada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk anda semua.

-ikhlas dari tentuluran.blogspot.com-

p/s: semasa post ini diterbitkan, saya pasti sudah "tidur".

Gambar Mawi Tak Senonoh

Salam Satu Malaysia ...

Asmawi Ani? Siapa je tak kenal mamat nih. Raja SMS satu ketika dlu. Skang jutawan. Sapa sangka DJ pasar raya boleh berubah nasib serta merta. Bukan ikut MLM pon. Sejak jadi juara Akademi Fantasia musim ke-3, nasib beliau berubah sekelip mata. Kahwin pon dengan Ekin. Boleh tahan lawa. Kaki pon panjang. Pakai tudung lagi. Itulah serba sedikit pasal Mawi.

Tapi, dalam setandan pisang tak semuanya yang baik. Dalam sepelatun askar tak semuanya baik. Dalam semua highway tak semuanya tak jammed. Itulah perumpamaan yang aku ingin sampaikan. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah dia. Sebab satu perangai tak elok, satu Malaysia kecoh nanti pasal si Mawi. MAWI PERANGAI TAK SENONOH.......

Saturday, August 7, 2010

Korea & D5000

Salam Satu Malaysia ...

Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku minggu nih. Aku tak tahu sejak bila pagi-pagi aku bangun tidur badan aku rasa sakit-sakit. Kaki kau rasa lenguh dan rase mcm lepas main futsal padahal xmain pon minggu nih. Kepala sakit petang-petang sampai ke malam. Haish. Penghapus dosa-dosa kecil rasanya nih. Tapi aku lagi pelik bila kejadian yang bakal aku ceritakan nih terjadi kepada aku.

KOREA. Negara asia timur yang amat maju. Jika tidak ke UTP, aku mungkin sudah belajar di sana. Ok. Itu cerita lama. Tak elok kita ungkit. Pada satu hari semasa bekerja minggu nih, aku didatangi satu panggilan telefon. Ingatkan urgent, rupanya tidak. "Azmil, gi Korea jom!". Terkejut beruk. Yup!! Aku admit aku ada usha tiket flite malam semalam nye tu, tapi bukan untuk ke sana. "Sapa lagi gi?" tanya aku dengan sopannya. "Semua budak-budak". Ermm.

Thursday, August 5, 2010

Business ??

Salam Satu Malaysia ...

Business ?? Busyness ?? Marketing ?? Night Market ??
itulah yang aku & 3 partnership lain sedang buat. Tak pernah terlintas dalam sanubari (ayat poyo) nak menjual barang. Berniaga. Ape tah lagi menceburi bidang marketing. Bermula dengan idea untuk mendapatkan pendapatan sampingan, 4 kepala yang mempunyai kepakaran masing-masing telah mencapai satu idea yang kononnya idea 1 Malaysia.

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, kami cuba berjinak-jinak untuk menceburi alam perniagaan. Ini merupakan permulaan untuk cuba bidang ini kerana modal yang diperlukan tidak lah berjuta ringgit. Anda boleh melihat produk yang kami jual seperti gambar di bawah

Monday, August 2, 2010

Muay Thai vs Couple Inside

Salam Satu Malaysia ...

Pada Jumaat malam yang lepas, patutnya aku dijadualkan bermain futsal di Klang pada jam 12:00 malam. Event yg mane aku setup end up aku sendiri tak datang. Anyway, aku puas hati tak datang sebab aku ade event lagi best malam tu gak. Freestyle Kick Boxing & Kejar Couple Romance sampai Tasik Titiwangsa ...

Masa kat office, hampeh tol 2 orang officemate yang berjaya mengagalkan plan aku untuk main futsal malam tu. Offer dorang baik punya. Gi tgk Freestyle Kick Boxing ala-ala Muay Thai kat Kajang. Actually, nak tgk anak buah Firza gi main kat sane. Memandangkan aku nih mudah dihasut oleh plan-plan yang jarang dibuat, aku ON jek lah. Agpun, nih first time aku nak usha bende-bende mcm tu.

Opening game malam tu, budak pompuan

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...