Tuesday, September 21, 2010

Pilih Dengan Bijak Walau Tidak Tepat

Salam Satu Malaysia ...

Kehidupan merupakan satu pilihan. Anda setuju? Anda jawap, dan terima seadanya. Saya tidak akan merungkai lebih dalam mengenai pilihan tetapi saya hanya akan mengutarakan pendapat saya. Pilihan di depan mata, kenapa tidak memilih? Anda terlalu inginkan kesempurnaan? Pernahkah anda terfikir, jika seseorang meminta anda untuk mencari bunga yang paling cantik di lapangan padang dengan syarat anda tidak boleh berpatah balik, adakah anda mampu dan yakin bunga yang anda cari itu adalah yang tercantik? Sebagai contoh, saya berjalan mencari bunga, saya menjumpai satu, tetapi saya yakin ada lebih cantik dihadapan, tapi pada hakikatnya, bunga yang saya jumpa sebelum itu adalah yang paling cantik. Adakah kita harus berasa menyesal? Anda jawap, dan terima seadanya.

Seperti mana hidup ini, kita diberi pelbagai pilihan. Mungkin pilihan yang kita buat tidak menyebelahi ktia pada dasarnya. Tapi, mungkin ia amat berguna pada satu ketika nanti. Saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini selepas bersembang secara virtual dengan salah seorang rakan yang sedang berjuang dalam menentukan pilihan terbaik untuk kerjaya beliau. Tidak ubah seperti saya sekarang. Saya juga memerlukan pilihan dan ingin membuat pilihan dalam menentukan hala tuju kerjaya saya pada masa akan datang.

Monday, September 20, 2010

PM: Selangor vs. T-Team

Salam Satu Malaysia ...

Walaupun entri nih agak lambat untuk diupdate, aku nak update gak sebab malam nih (20 Sept. 2010) aku takdapat gerak ke Stadium Shah Alam tengok Selangor vs. Perlis untuk Piala Malaysia. Ok. Last week Selasa, aku, faidzal, ainna & nina dengan rela hati dan teringinnya untuk menyaksikan perlawanan antara Selangor vs. T-Team. Game berkesudahan Selangor menang 3-1. Sekian.

Gambar-gambar adalah seperti di bawah:

STARians Beraya !!!!

Salam Satu Malaysia ...

Sudah lama tak update ini blog. Rasanya, entri paling sikit untuk tahun nih bagi bulan nih. Actually, banyak je berlaku lately untuk membolehkan blog ini diupdate. Tapi macam biasa, kemalasan melampau macam garfield membantutkan segala usaha murni tersebut. So, masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Entri kali nih berkisar raya bersama rakan-rakan sekolah rendah & menengah.

Dengan kehadiran Syawal, tidak terlepas aktiviti rakan-rakan sekolah lama untuk berkonvoi raya dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Pada 16 September, konvoi dah bermula dari rumah aku dan beberapa buah rumah lagi. Ia disambung semula pada hari Jumaat. Ok. Nak dijadikan cerita, hari Jumaat itu aku sepatutnya amat sibuk tapi kepenatan melampau, aku terhadkan aktiviti aku. Pada petang Jumaat, aku pergi ke rumah abang Wadi di Bukit Antarabangsa since dia cakap abang Klassik dia ada skali. So, datang nak jumpa wish raya then balik lah. Singgah kejap jek. Duduk dalam kereta lagi lama dari duduk bersembang (gambar bawah tiada kaitan kerana hanya penyeri blog).

Tuesday, September 14, 2010

Raya 2010

Salam Satu Malaysia ...

Ramadhan meninggalkan kita dengan penuh rasa keinsafan. Penuh tanda tanya. Penuh kesedihan. Ia juga sebagai satu tanda kemenangan untuk umat Islam. Dengan itu, Syawal menjelma, Hari Raya menjelang tiba. Sebagai tanda syukur seorang manusia yang menumpang di bumi-Nya.
(nota kaki: intro karangan sendiri)

Hari raya tahun nih tiada banyak bezanya seperti tahun-tahun lepas. So, nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Ampunkan salah silap, tersalah bicara, terkasar bahasa, termakan terminum dan segalanya yang mungkin menguris hati sesiapa.

p/s: serius lama tak menulis & takder ape nak tulis

Sunday, September 5, 2010

Friendly Selangor vs Johor FC

Salam Satu Malaysia ...

Ok. Very short entry. Semalam, Sabtu malam Ahad, saja je pergi Padang S.U.K di Shah Alam. Nak amik gambar tengok friendly match Selangor vs Johor FC. Game friendly mmg rilek-rilek jek. Game start around 1015 PM and end results dia seri 1-1. So, kat sini nak publish 3 photos jek sbb tak reti lagi nak amik gambar malam-malam. Btw, captain Selangor (Amri Yahyah) mmg idola la. Ha ha ha.

p/s: Selamat habiskan puasa yokkk.

Thursday, September 2, 2010

Tiada Tajuk

Salam Satu Malaysia ...

Aku baru je habis kemaskan diri selepas balik dari futsal. Kali ini amat puas sebab dapat merealisasikan cara permainan sendiri. Ayat nak dewa. Ha ha ha. Dapat gak keluarkan peluh secara bersukan daripada terperuk kat office mati kesejukan. So, tadi kat office awal-awal pagi aku dh settlekan half keje aku sbb half lagi aku target nak buat dalam nak dekat-dekat balik. Aku nih suke on off on off time keje. Kejap-kejap nanti hilang lah aku dari workstation. Merayap entah ke mana-mana. Usha luar dari tingkat 44. Style kot.

Around 10:30 cmtu, officemate aku a.k.a opponent futsal aku tadi, mintak tolong buat logo (bukan logo sangat pon). Ala-ala macam tulisan la. Aku tak tau lately, kalau bosan dlu aku salu je PM org kat gTalk, YM, FB etc. Tapi, lately aku cm malas tp tade lah malas sangat. Ntahlah, kekadang rasa tawar hati pon ada. Rasa insecure pon ade. Macam-macam la rasa lepas satu-satu penjelasan, perkataan, pendapat dan lain-lain lagi yang telah diutarakan. So, aku ON la photoshop aku. Aku suke jek mebelek-belek photoshop nih. Aku bukan nye reti sangat, saje main tekan-tekan. So, dalam masa 2 jam, hasil aku seperti gambar di atas.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...