Sunday, November 28, 2010

Tips Jimat Kahwin

Salam Satu Malaysia ...

Bila cuti sekolah je, banyak je jemputan majlis perkahwinan. Tak kira dari saudara-mara, sahabat-handai mahupun rakan-rakan office ataupun kenalan Facebook. Semua nak kahwin. Meriah cuti sekolah macam nih. Kekadang tu sampai tak dapat datang sebab terlalu banyak jemputan. Jemputan skarang bukan 2-3 minit dah boleh sampai, paling cepat pon setengah jam. Lepak-lepak kejap, mahu makan 1-2 jam paling kurang. Belum termasuk jammed nak ke rumah pengantin lagi. Adeh.

Bila sebut je pasal kahwin, mesti sang Raja Sehari memikirkan tentang kos yang bakal ditanggung untuk melaksanakan satu majlis yang bersejarah. Semua nak buat sekali je, taknak majlis kahwin banyak-banyak kali. So, kene lah buat dengan betul dan grand. Maka, botaklah kepala bila terlalu memikirkan. Terutama soal perbelanjaan kahwin. Kat sini, aku nak share SATU tip penjimatan untuk berkahwin. Walaupun aku belum kahwin, tapi aku rase ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang nak kahwin.

Friday, November 26, 2010

Cikgu Shida Youtube Main Futsal La Plak

Salam Satu Malaysia ...

Cikgu Shida, siapalah tak kenal dengan cikgu Youtube nih. Nama dia tidak semena-mena meletup gara-gara miming dia yang perghhhhlamakkkk. Actually, aku nak letak video dari youtube lagu Kalau Berpacaran. Tapi bila search balik lagu Maher Zain nih nampak lah sempoi skit. Tol ke tak? Ntah lah. Tapi Cikgu Shida nih memang pergghhhlamak.



Kalau korang nak tau, Cikgu Shida nih

Tuesday, November 23, 2010

Pendekar Laut main Facebook !!!

Salam Satu Malaysia ...

Selasa datang lagi. Selasa hari ini tidak akan serupa Selasa akan datang. Tidak juga Selasa hari ini akan kembali semula untuk menemui umat manusia dan makhluk-makhluk tuhan yang lain. Bunyi kacang dikunyah ibarat mencetuskan satu revolusi kenapa aku perlu menulis untuk hari ini. Tiada tujuan utama. Tiada tanda aras. Tiada topik untuk diutarakan. Tiada segalanya. Hanyalah aku, laptop, keyboard, headphone dan winamp yang memainkan lagu instrumental dari album Winter Sonata bertajuk My Memory.

Melihat jam di tangan menunjukkan 1151 minit pagi. Jam di laptop 1154 minit pagi. Jam di handphone 1156 minit pagi. Kenapa semua jam itu tidak sama? Ternyata kehidupan aku dah berbeza. Berbeza dari kelaziman. Pecahan-pecahan tidak wajar menjadi teman. Teorem-teorem pitagoras menjadi kunci kejayaan. Segala pembundaran terhampir, segala janjang metrik menjadi tempat pergantungan. Oh tidak !!! Matematik kegemaranku. Semakin ditinggalkan. Fizik nadiku semakin dilupakan. Kimia uratku semakin diabaikan.

Cukup lebar dan dalam ibarat kubur 7 kaki lebar 7 kaki dalam untuk aku memulakan intro bagi update terbaru.Facebook, Twitter, Blog, Friendster, MySpace

Monday, November 22, 2010

2 Alam cerita Sensasi ??

Salam Satu Malaysia ...

Aku tak sure aku dah lambat ke awal ke ape ke nak buat review cerita nih. Tajuk cerita ini ialah 2 Alam. Ok, before proceed, biar aku cerita skit kenapa aku terlayan cerita nih. Ada 3 sebab utama aku melayan cerita ini.
  1. Hasutan Officemate - cakap cerita hantu.
  2. Hasutan Officemate - cakap cerita pecah panggung 40 juta.
  3. Hasutan Officemate - cakap nanti boss carik kalau stay office.


Logik tak logik gak la alasan aku. Nih aku nak start review dah nih. Tapi, korg layan dlu trailer die. Best woooo trailer die. Dah name pon trailer, kalau tak best sape nak tengok. Tapi, bagi aku trailer die biasa-biasa jek. Pastu baru aku start review.

Sunday, November 14, 2010

Backpacking to Langkawi

Salam Satu Malaysia ...

Kat sini nak detail out skit trip ke Langkawi. Actually, initial plan is to Krabi. Tapi, semua aware yang weather condition tak berapa mengizinkan. So, kat sini aku nak detail out skit la apa sebenarnya berlaku. Kteorg (Aku, Hanif, Firza, Faidzal, Radif) plan ke Krabi ini about 1 month before. Tema dia backpacking using land transportation. Tema je dah cm thrill kan? Ini first time la nak buat cmnih actually, so quite tempting gak la nak buat. Plan dia KL-Hatyai-Krabi.

Nak dijadikan cerita, pada Rabu pagi (target tolak ke Hatyai pada malam Khamis 4/11/2010), bukak news Hatyai dah tenggelam. Malam tu pergi Bukit Jalil tanya bas camne. Leh masuk ke tak semua. So, lepas kawtim ng bas semua, decide utk naik bas tu gak tapi tak sure nak berhenti mana lagi. Thrill nih. Tak decide agi padahal esk malam dah nak bertolak. So, kteorg makan sambil discuss lah. Banyak gak idea nak wat cmne. But at the end, malam tu decide tak proceed ke Krabi but kteorg akan berhenti di Langkawi. Dengan menaiki bas yang sama, camne nak berhenti kat Langkawi sedangkan bas tu ke Hatyai dan Kedah dilaporkan banjir ??

Friday, November 12, 2010

Langkawi - Niat Kena Betul

Salam Satu Malaysia ...

Sempena cuti Deepavali yang lalu, kami (Jamel, Firza, Faidzal & Bob) plan nak gi Krabi. Tapi, sebab cuaca tak menentu kat Hatyai, kteorg drop kat Kedah je. Then, terus shoot ke Langkawi. Planning memang ad-hoc tak igt. Main redah jek. Dengan news banjir kat Kedah la semua. Last minute betul la. So, nak cerita panjang-panjang pon tak gune sbb ramai dah gi Langkawi. Nak letak gambar pon tak gne sbb nanti berjela-jela. Dengan itu, pendekatan lebih matang, aku upload video je kat youtube yg mane ada gambar jek utk korg usha tgk.



Untuk pengetahuan korang, lagu kedua tu mmg saja aku jadikan lagu background sebab dari start kteorg keluar rumah sampailah rumah semula, lagu tu paling banyak kteorg dengar. Asal naik kereta je lagu tu. Naik lagi kereta lagu tu. Naik lagi lagu tu. Radio yang putarkan. Bukan CD. he he he ... tag line "Niat Kena Betul" ada cerita disebalik semua itu ...

Monday, November 1, 2010

Perang di Kota Bahru

Salam Satu Malaysia ...

Semua sedia maklum Kelantan telah pon berjaya menamatkan badi 89 tahun untuk memiliki Piala Malaysia agar dapat disemadikan di dalam almari kejayaan pasukan mereka. Tahniah diucapkan. Nak dijadikan cerita, pada 22 October (hari Jumaat), officemate aku, Firza telah dengan rela hatinya mengajak aku untuk pulang ke rumahnya di Kelantan. Lebih tepat di Wakaf Bahru, Kota Bahru, Kelantan. Actually, trip nih mmg betul-betul unplanned. Petang tu before balik kerja baru aku decide nak follow since die pon drive sorang.

Lantas, handset dicapai, SMS dihantar "Ayah, Amir tak balik minggu nih. Pergi Kelantan tgk bola". Green light diberi "Ok". So, malam tu nak dekat jam 11 malam gak lah kteorg gerak ke Kota Bahru. Perjalanan dijangka melalui Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai dan tiba di Kota Bahru. Ini pengalaman pertama aku ke Kelantan sebenarnya. Aku tak tahu apa yang menanti aku di depan. Yang aku tau perjalanan ini pasti memakan masa. Ya betul. Sepanjang perjalanan memang dipenuhi dengan hutan rimba.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...