Monday, February 28, 2011

Jangan Baca Kalau Lemah Semangat

Salam Satu Malaysia ...

Mungkin ramai mengenali Usman Awang, A Samad Said dan ramai lagi tokoh sasterawan negara. Mungkin juga ramai mengenali penulis novel terkenal tanah air seperti Aina Emir, Pak Latip dan ramai lagi. Tapi, anda mungkin tidak berpeluang mengenali penulis novel atau cerpen terbaru. Anda tidak mengenali beliau mungkin kerana bakatnya belum berjaya ditonjolkan lagi sebelum ini.

Dengan kesempatan yang saya ada di sini, saya ingin mempromosikan seorang penulis novel dan cerpen yang mula menapak di dalam industri penulisan. Memperkenalkan Mohd Firza Azra atau nama pena Facebook beliau Piz Za. Anda boleh click for more info untuk membaca hasil nukilan pertama beliau.

Sunday, February 27, 2011

Murtabak Singapore

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena mengenai Arak mahupun yang lelain.

Apa ke jadah wanita-wanita di Malaysia ini? Togak arak sana sini. Bukan beragama lain. Tapi agama Islam. Apa ke jadah sudah jadi pada Malaysia? Kata negara membangun. Akhlak? Moral? Ke mana semua ini pergi?

Ok. Itu bukan tajuk entri kali ini. Tajuk kali ini berkisar pasal Murtabak Singapore.


Actually, last week time tgk Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), dorg ada mention pasal murtabak Singapore sedap nih. Nak tau sedap tak sedap, kena la try kan. Sebelum itu, kami berlima je yang pergi ke sana. Kami ialah Jamel, Faidzal, Nina, Ainna & Hawa. Aku ada ajak budak-budak futsal nih huh. Tapi sorang pon taknak ikot. Bajet nak rehat bagai semua. Tak reply pon ada gak. Tapi takpa, master planner always have his intervention plans.

Sunday, February 20, 2011

Putrajaya Menjerit

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Cinta Pantai Merdeka - Tropika
Nota Tangan: Title berdasarkan status FB seseorang yang telah diolah

Entri nih agak lewat skit sebab rasa macam kurang masa lak lately. Mana taknya, financial year company aku kerja dah nak abes. So, skang musim appraisal. Doakanlah aku dapat rating elok-elok hendaknya. Kalau murah rezeki, dapat lah bonus agi tahun nih. He He He. Actually, nak post pasal post-event Kenduri Doa Selamat Norain. Norain nih dlu clerk kat tempat aku keje. Esok die berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. So, last week dia buat kenduri doa selamat skit. Kteorg satu office turun lah memeriahkan majlis.

Dari Kiri: Nina, Faidzal, Aku, Fae

Lepas je majlis, kteorg terus pecah dua. Satu heading to KL. Satu heading to Putrajaya. Group akulah yang pecah ke Putrajaya. Kat situ, saja-saja nak mendera dua orang budak perempuan a.k.a wanita (i.e. Nina & Fae). Aku ng Faidzal tolong arahkan and amik gambar je. Saje je memain sebab masing-masing tade komitmen aritu. Btw, Nina tu yang pakai baju merah. Lagi satu tu Fae. Faidzal lak kemeja merah. Nak lagi gambar ???

Tuesday, February 15, 2011

Nur Arissa

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Aizat - Sungai Lui


Nur Arissa Binti AzaharItulah nama anak buah pertama dan buat kali ini masih menjadi yang pertama. Ho ho ho. Bila belek-belek gambar dalam laptop nih, jumpa la gambar-gambar budak kecik nih. Dari kurus ke tembam dan kurus semula. Ha Ha Ha. So, post kali ini memang amat pendek. Terlalu ringkas. Antara koleksi gambar budak kecik nih ialah.

Friday, February 11, 2011

Apa Masalah Kamu? 3C !!!

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Dato' Siti & S.M Salim - Pandan-Pandang Jeling-Jeling

How to start huh? I'm thinking. Thinking. Thinking. Ok. Spot it.

Minggu nih rasanya minggu paling jammed utk otak aku. Dari kerusi office, naik masuk LRT, bawa ke kereta, sampai masuk rumah. Semua ada je tak kena. Ada je yg aku tak puas hati. Tapi, aku simpan je. Act as normal. Exactly as nothing is happening. Somehow, malam tu nanti baru kucar kacir bila fikirkan balik.

Masalah aku rasanya simple. Tapi susah nak solve. Ok. It's going to private matters now. Camne tu simple tapi susah nak settle? Dulu, aku amik mudah je. Buat bodoh sokmo. Lantaklah. Feel the flow dude. Feel the flow. Skang takleh dah cmtu. Kene ada plan. Ade contingency plan. Kena ada everything to cater every needs. Still tak masuk point utama agi nih. Bila fikirkan balik aku rasa, masalah aku ialah disebabkan oleh 3C

Wednesday, February 9, 2011

Lepas Ariel, Luna Maya Pulak !!!

Salam Satu Malaysia ...

Muzik Latar: Manchester Orchestra - I Can Feel A Hot One
Info Kepala: Cerita ini adalah cerita benar & diolah oleh penulis untuk melindungi sensitiviti.

Lately, aku macam terhidu something fishy. Ho ho ho. Mana tak nya, asal bukak FB je rasa something not right. Ok! Ok! Aku admit aku salu stalk page page tak berkenaan. Usha photos nak dptkan idea utk next photoshoot. Usha link-link menarik yang dorg post. Camne nak citer benda yang fishy nih ek? Aku nih jenis kuat menafsir gak la. Kekadang tu, prediction aku tepat. Tu kelebihan aku lah. Aku boleh jadikan satu story based on apa yang aku nampak & aku deduce.

Sekali tu, aku ternampak member aku post something. Ada orang reply something. No harm la. Yang reply tu aku knal and pernah ada hati ng dia. Yang post tu pon aku kenal sebab one best buddy la kan. Sekali. Takpe. Ok agi tu. Kebetulan la tu. Kali kedua, benda yang sama terjadi. Tapi, kali nih berlainan sebab dia vice versa. Ok. Takpe. Kebetulan la kot. Padahal dalam hati dah panas. Oh, sebelum terlupa, cara reply tu buat aku rasa something fishy is going on. Korang paham la kot apa maksud dia.

Sunday, February 6, 2011

Le Tour de Langkawi - Stage 10

Salam Satu Malaysia ...

Muzik latar: Manchester Orchestra - I Can Feel A Hot One

Mungkin entri ini sudah terlambat. Tapi, nak gak post sebab rasa ia sesuatu yang menarik. Tanggal 1 Februari merupakan Hari Wilayah yang disambut oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan & Kuala Lumpur. Dengan itu, hari tersebut diiktiraf sebagai hari cuti umum untuk wilayah-wilayah tersebut. Ironinya, pada tanggal 1 Februari juga merupakan hari terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi. Perlumbaan sebanyak 10 peringkat itu ditamatkan di Dataran Merdeka pada tanggal 1 Februari.

Aku tidak ketinggalan menyaksikan perlumbaan tersebut walaupun info yang diperoleh hanya tiba pada jam 1:30 petang. Dengan tidak melengahkan masa, jam 2:30 petang kami (Aku & GG) bergerak ke Dataran Merdeka dengan 2 tujuan. Pertama, untuk menyaksikan perlumbaan yang jarang-jarang dapat dilihat depan mata. Kedua, untuk belajar mengambil gambar. Alasan kedua itu mungkin lebih tepat. Perlumbaan sejauh 104.6 km yang bermula di UiTM Shah Alam dan diakhiri di Dataran Merdeka lebih menyemarakkan semangat kami untuk ke sana.

.... lagi gambar selepas ini

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...