Wednesday, March 30, 2011

Budak Kelantan Gedebe ???

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Gambar Sekadar Hiasan

Kali ini aku nak cerita sikit pasal BUDAK KELANTAN. Aku tak tahu ini propaganda atau apa, tapi sejak pasukan bola sepak Kelantan mempamerkan aksi kebangkitan yang mendadak sehingga menjadi juara Piala Malaysia, gelagat penonton mereka sering menjadi tajuk utama akhbar. Keghairahan mereka dalam menyokong pasukan telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati. Mereka juga sering digelar "gedebe".

Gedebe dalam maksud bahasa Kelantan secara kasarnya bermaksud samseng. Tapi, jika diurai satu persatu, ia boleh juga dibawa kepada maksud yang lebih positif. Gedebe juga boleh membawa maksud berani. Mungkinkah kita boleh memberi maksud Tok Janggut pahlawan Kelantan suatu masa dahulu sebagai Gedebe? Jadi, aku ingin mempositifkan keadaan dengan memaksudkan gedebe sebagai berani.

Saturday, March 26, 2011

Battle: LA vs ... Dalam Botol

Salam Satu Malaysia ...

Disclaimer: Review ini hanya daripada pandangan -tentuluran-

Niat di hati tadi pergi ke MBO Cinema di Harbour Palace untuk menonton filem ... Dalam Botol. Serius, memang aku nak tengok filem nih. Itupun sebab semalam time balik dari KL ke Klang, dengar Suria FM, producer filem tu, Raja Azmi cakap itu berdasarkan kisar sebenar. Aku leh expect hasil die pasti lebih kurang seperti filem 2 Alam. Tapi, setibanya kiteorang (maknanya aku bukan pergi seorang), MBO tak tayangkan filem tu. Tak tau nape. Maybe baru release untuk TGV & GSC je kot. Ntah. Aku pon tak pasti.



Dengan itu, kami ternyata tidak hampa malah lebih gembira. Kenapa ??? Sebab takder lah bazirkan duit tiket untuk tengok cerita tu. So, kiteorang decide tengok cerita Battle Los Angeles. Dapat duduk dalam Main Hall (Hall 10). Dalam panggung tu cam biasa kurang dari 20 orang. So, satu row tu kiteorang yang punya. Rest arm die siap leh jatuh naik, memang terbaring lah dekat situ. Ambik 4 seat terus baring. So, review die amacam?

Wednesday, March 23, 2011

... dalam Rumah !!!

Salam Satu Malaysia ...

Background: Dewa 19 - Roman Picisan

Kehidupan liku-liku Kuala Lumpur benar-benar membosankan aku sejak kebelakangan ini. Rutin harianku adalah bangun pagi. Siap pergi kerja (itu pun kadang-kadang lambat sampai office). 8 jam paling kurang di office. Balik kerja. Tidur kejap. Buka internet. Baca blog sambil buat entri baru (kalau rajin). Main FB. Tengok TV jap. Tidor balik. Sebabnya ?? Jammed !!! Buat aku malas betul nak keluar.

Sekarang pon kat rumah nih duduk sorang-sorang. Housemate aku semua tiada buat masa ini. Kami menyewa di Kampung Baru seramai 4 orang kesemuanya. Azizi, Najmie, Hanif & Aku. Ketika ini hanya aku sorang sahaja berada di rumah. Azizi sedang terlantar di Prince Court Medical Centre sebab baru operate lutut. Najmie kerap ulang-alik rumah dia di Subang. Hanif kini berada di tengah-tengah Laut China Selatan atas dasar kerja. Aku hanyalah di rumah kerana kerja aku banyak di office buat masa ini. Jadi, entri kali ini aku nak cerita mengenai housemate aku.

Tuesday, March 22, 2011

Workaholic Syndrome

Salam Satu Malaysia ...

Background: Dewa - Separuh Nafas

Dalam keenakan & keasyikan merenung tepat ke arah laptop di office siang dek leka membuat kerja tiba-tiba "ting". Satu email telah menjengah ke dalam inbox outlook. Kerana sedar dek kekurangan diri hari ini kerana lambat masuk ke pejabat, email itu terus diabaikan buat sementara waktu kerana ia daripada orang yang tidak berkaitan dengan kerja aku.

Selang beberapa minit selepas itu, tergerak jari untuk klik apakah isi email tersebut. Ternyata ia bukan perihal kerja. Tetapi berupa nasihat agar kita tidak terlalu rajin dalam pekerjaan atau dalam bahasa glamor dia "workaholic". Menurut artikel tersebut, "Workaholism May Be Killing You". Lantas aku amati satu persatu kandungan artikel tersebut.

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam Satu Malaysia ...

"Jika pintu empangan sudah dibuka, mana bisa ku tahan airnya"

Itulah antara bait-bait dialog yang masi terngiang-ngiang di telinga walaupun sudah lebih 24 jam menyaksikan cerita lagenda melayu Hikayat Merong Mahawangsa. Secara ratingnya, aku beri cerita ini 4 daripada 5 bintang. Ini berdasarkan plot cerita dan grafik yang menarik selain kepelbagaian yang ditonjolkan hasil kerja tangan anak tempatan. Sebelum itu, mari kita imbas kembali informasi mengenai Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).


INFORMASI


HMM atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut mengambarkan serangan Chola ke atas Kedah (Original Source).

Champion League Quarter Final

Salam Satu Malaysia ...

Background: Final Raja Lawak 5 Ulangan di Astro

Semua sedia maklum Jumaat lepas, proses pengundian untuk 8 pasukan terakhir dalam kejohanan bola sepak kelab eropah telah dilakukan. Ada yang mengejutkan, ada yang sudah meramalkan. Itulah hakikat bola sepak dunia. 8 kelab terbaik eropah yang dimaksudkan ialah Real Madrid, Tottenham, Inter Milan, Schalke 04, Chelsea, Manchester United, Barcelona & Shakhtar Donetsk.

Kalau tengok pada undian (seperti gambar di atas), pasti anda terkejut dengan pertemuan antara Chelsea & Manchester United. Kat sini, taknak cerita banyak tentang pasukan lain sebab pasukan kegemaran ialah Chelsea. Kalau di FB, memang ramai sangat fans Manchester United jika dibandingkan dengan Chelsea.

Thursday, March 17, 2011

In BRIEF !!!

Salam Satu Malaysia ...

Entri ini paling RINGKAS !!!

Gambar di atas describe me in brief.

Wednesday, March 16, 2011

Perpindahan Termurah JT[17]

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Baca dalam nada sinis agar dapat masuk bakul angkat sendiri

Kuala Lumpur, Selasa - ST Team memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab futsal Gugusan Tanah Melayu apabila mengikat kontrak dengan Jamel Torres menerusi bayaran secara percuma dari kelab Cheeseburger F.C.

Penyerang SelangorNyol itu mengikat kontrak selama-lamanya bersama ST Team jika terdapat perlawanan yang memerlukan khidmat beliau. Perpindahan ke ST Team yang disifatkan sebagai rekod perpindahan terbersih tanpa menggunakan wang dan berkhidmat secara sambilan adalah yang pertama kali berlaku di Gugusan Tanah Melayu.

Sunday, March 13, 2011

Akulah Kekasihmu

Salam Satu Malaysia ...

Niat di hati tadi pergi Pertama Kompleks untuk mencari jersi pasukan futsal & mencari knee guard. Tapi, jalan punya jalan tak jumpa-jumpa kedai. Demi tidak merugikan masa, singgah sebentar di Pusat Permainan Video kat sana. Situ ada jugak Karaoke Jamban. Layan gak lah. Jamban pon Jamban lah.

Actually, aku pergi situ takder reason yang munasabah pon. Saja jalan-jalan nak buang masa. Kalau duduk sorang-sorang nanti bukan-bukan plak difikirkan. So, agak-agak korang, lagu apa aku nyanyi kat situ? Ok! Tak payah teka la sebab aku tau korang bukan nak teka pon. Aku nyanyi lagu di bawah ini.

Musibah 19 Mac ??

Salam Satu Malaysia ...

Dunia akan dilanda musibah pada 19 Mac ???

Itulah persoalan yang sedang diajukan kepada pengamal astrologi dunia. Ini kerana pada 19 Mac, Bumi dikatakan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bulan sejak tahun 1992. Dengan kedudukan ini, akan berlakulah fenomena yang dikenali sebagai "lunar perigee" ataupun "Supermoon".

*Gambar Sekadar Hiasan Ikhsan Google Image*
Bila fenomena Supermoon ini berlaku, huru-hara dunia akan berlaku seperti ribut taufan, gempa bumi, letusan gunung berapi dan pelbagai bencana alam yang lain. Mengikut pakar astronomi, mereka memberikan alasan "graviti" yang tercetus akibat kedudukan hampir antara Bulan dan Bumi pencetus kepada pelbagai masalah cuaca melampau (sebelum mahupun selepas tarikh 19 Mac).

Saturday, March 12, 2011

Bila Banggunan Berdansa di Jepun

Salam Satu Malaysia ...

Background: MSL Negeri Sembilan (1) vs. Selangor (2)

Semua sedia maklum dengan bencana yang melanda negara matahari terbit. Kita bertuah kerana di Malaysia, kita tidak terdedah dengan bencana-bencana seperti itu. Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi dan berdoa agar semuanya selamat di sana.



Ikhlas daripada :- tentuluran [dot] [com]

Otroman Itu Wira Jika ...

Salam Satu Malaysia ...

Background: MSL Negeri Sembilan vs. Selangor

Apa yang dilihat diluar tidak seperti yang digambarkan di dalam. Itulah ungkapan sesuai di kala kita sedang enak memikirkan sesuatu secara bersendirian. Itulah lumrah kehidupan bagi seorang manusia yang ingin menjadi lebih baik daripada keadaan asalnya. Walaupun dicaci, dibenci, dikeji, dicuci, mana bisa ia tahan. Ia tidak ubah seperti perumpamaan "Jika Empangan Sudah Dibuka Mana Bisa Ku Menahannya". Terlalu sastera kah bahasaku kali ini?

*Gambar Sekadar Hiasan*
Pada 2 minggu lalu, aku dikejutkan dengan satu berita baik sebenarnya. Aku ditawarkan untuk berpindah ke Kerteh untuk meneruskan kerjaya aku di sana. Akan tetapi, keadaan seolah-olah tidak memihak kepadaku kerana aku belum bersedia untuk ke sana. Walaupun itu yang kuimpikan, bila difikirkan kembali, seolah-olah ada sesuatu yang menahan pemergian aku ke sana. Dengan itu, aku meminta untuk menangguh perpindahan tersebut dan kini ia sedang dalam peringkat perbincangan orang atasan pejabatku.

Thursday, March 10, 2011

Tips Futsal

Salam Satu Malaysia ...

*Gambar Sekadar Hiasan*

Entri kali ini saja nak share mengenai permainan futsal dari sudut pandang yang berbeza. Permainan futsal memerlukan beberapa elemen penting dan apabila bergabung, ia akan menjadi satu permainan yang dasyat. Secara amnya, permainan futsal memerlukan KEPANTASAN, KEAJAIBAN, TAKTIKAL, FORMASI & PERTAHANAN. Berikut merupakan huraian ringkas bagi setiap elemen yang dinyatakan agar dapat dijadikan tunjuk ajar kita sedikit jika tidak banyak.

Tuesday, March 8, 2011

Bowling Bilang Benci

Salam Satu Malaysia ...

Aku tak tahu kenapa lately aku suka sangat main bowling. Ini dah malam kedua berturut-turut aku main bowling. Tempat biasa lepak kat Wangsa Walk. Pergi sorang-sorang tunggu member sampai, pastu terus je membowling. Kalau semalam aku bermain dengan Farid, hari ini aku bermain dengan Mudong. Mungkin aku perlukan aktiviti malam untuk aku lupakan segala memori atau benda yang bakal terjadi. Lebih-lebih lagi tarikh 12 & 13 Mac bakal menyusul. Aku amat tak comfortable dengan tarikh tu.

Kebetulan tadi, masa kiteorang tunggu main, org bowling tu offer main game free sebab nak habiskan game kat lane tu. So, dapat lah extra 2 games sorang. Kira total main 4 game la. Pancet gak tangan. Berpeluh gak lah main tadi. Main 2 orang je. Rest pon sikit jek. Lepas je main, balik lepak kat Daring Tomyam. Saje layan angin malam. Ironinya, malam nih adalah game terbaik aku. Last week score 145. Semalam 166. Hari ini 176. Improvement. Aku mencari konsistensi actually.

Monday, March 7, 2011

Otroman Otroman

Salam Satu Malaysia ...

Lagu Latar: Dinamik - Antara Gadis

Pernahkah anda semua tercapai akal jika penyelamat dunia seperti Otroman (bukan Ultraman) berdiskusi di meja bulat. Sambil memakan kuih yang diorder dari caterer. Discuss pasal isu-isu keselamatan bumi. Serangan raksasa. Serangan makhluk asing. Tidak tercapai akal aku. Tapi, itulah yang terjadi apabila Otroman Ace (kawan aku) tagged Otroman Taro (aku) dan Otroman Tiga (kawan aku) dalam post FB dia.

Mungkin ramai dah tgk kat FB tu melambak orang buat ala-ala macam nih. Time merdeka. Pasal politik. Macam-macam lagi lah. Tapi, kali ini, ini memang tidak dirancang. Sebab tu ayat dia pon sikit jek. Lagipun, video youtube tu best kot. He he he.

Aksi pre-Boling T.I.A

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Bowling cara kita melunaskan stress di office.

Laporan Asal: Otroman Taro

Wangsa Maju, 3 mac - Pasukan boling SKG Management "Tolong Ingatkan Aku" atau lebih mesra dengan panggilan T.I.A (gambar kedua dibawah) telah mengadakan sesi latihan bersama-sama pemain baru. Sebelum ini, pasukan T.I.A telah pun menyertai pertandingan boling peringkat syarikat. Laporan asal pertandingan tersebut boleh didapati di blog Putih Violet.

Pungutan mata bersama pemain-pemain baru

Serentak itu, memandangkan pasukan T.I.A akan menyertai satu lagi pertandingan boling peringkat jabatan pada 15 Mac 2011, ketua pasukan T.I.A, Jamel telah mengadakan satu sesi latihan bersama pemain-pemain baru sambil dibantu oleh 3 pemain T.I.A iaitu Nina, Firza & Nita. Bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk di Wangsa Maju, sesi latihan sebanyak 2 permainan telah diadakan bagi bertujuan meningkatkan prestasi pemain sebelum menempuh aksi pertandingan yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Sunday, March 6, 2011

ST Team Mengamuk

Salam Satu Malaysia ...

Nota: Sila baca dalam nada berita.

Laporan Asal: Otroman Taro

Subang, 5 Mac - Kejohanan Futsal Sokernet yang dilangsungkan di Sunway Extreme Park telah menarik sebanyak 16 pasukan terhandal dari seluruh Malaysia. Kejohanan yang menawarkan hadiah kebanyakannya hamper-hamper bernilai ratusan ringgit membuat pasukan Steady Troopers atau lebih dikenali ST Team cukup teruja.


ST Team dianggotai oleh 9 ahli pasukan (walaupun pendaftaran pemain terhad kepada 8 orang sahaja) rata-ratanya bekas pemain negeri telah berjaya memberi tentangan sengit sepanjang kejohanan. Menurut ketua pasukan ST Team, Mohd Asrul Radzi,

Wednesday, March 2, 2011

Nike 5 Elastico Pro

Salam Satu Malaysia ...

Sudah lama aku tidak membeli kasut futsal yang baru. Kali terakhir ialah pada 24 April 2010. Aku membeli Mercurial IC Victory. Kasut yang dimaksudkan itu pon skarang sudah mencapai tahap tarikh luput. Sudah koyak dibahagian tapak kasutnya. Namun ia banyak berjasa dalam memberi prestasi cemerlang aku (kononnya lah). Aku tidak akan melupakan jasanya sebagai kasut yang sedap dipakai semasa berfutsal.

Kini, aku telah pon membeli kasut futsal baru pada 2 March 2011. Nike 5 Elastico Pro. Secara jujurnya, aku tak pernah pakai kasut jenis nih. Ini pertama kali. Moga kehadiran kasut baru ini akan meningkatkan prestasi aku di gelanggang futsal. Kalau tak pun, maintain macam dlu pon dh kira best. Kita tgk performance dia nanti. Welcome Nike 5 Elastico Pro.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...