Wednesday, April 27, 2011

Perasaan Jengkel di Office

Salam Satu Malaysia ...

Keadaan menjadi kelam-kabut. Semua serba tidak menjadi. Ini mungkin gara-gara prestasi semalam yang langsung tidak memihak kepada aku. Aku berasa sangat tidak puas hati. Sangat frustated melihatkan prestasi sebegitu. Oh yaaa. Untuk makluman pembaca, ini tiada kaitan dengan pasukan Selangor yang kecundang di tangan Kelantan semalam.

Prestasi aku bukan di tahap terbaik mahupun tahap average aku. Itu yang memusykilkan aku sehingga hari ini. Apa yang tidak kena? Kini, barulah aku faham perasaan seorang insan yang bernama Fernando Torres dengan ketiadaan gol dalam 14 penampilan. Tapi, aku bukan Torres. Aku hanyalah insan yang meminati sukan yang dimainkan oleh 5 orang pemain di dalam gelanggang getah. Natijah daripada itu, aku rasa amat bosan di pejabat.

Tuesday, April 26, 2011

Trip to Seoul - Ep. 5

Salam Satu Malaysia ...

Hari ketiga di Korea atau lebih tepat di Seoul, kami telah memulakan pengembaraan yang lebih mencabar. Kami bangun awal pagi untuk bersarapan kerana aktiviti pada hari itu telah kami tetapkan kerana ia pasti akan berpanjangan sehingga ke malam hari. Aktiviti kami pada hari ini ialah ke Namsan Tower, Myendong Fashion Street & Nandaemun Market selain mencari makanan halal di Itaewoon.

Kami menaiki subway yang disediakan sehingga ke stesen yang aku sendiri dah lupa. Dari situ kami berjalan kaki menaiki kawasan berbukit sedikit sehingga ke Namsan Park. Untuk ke Namsan Tower, sebenarnya kami boleh memilih untuk menaiki kabel car yang disediakan. Akan tetapi, kami lebih gemar untuk mendaki bukit tersebut semata-mata untuk menghayati keindahan alam yang tercipta.

Sunday, April 24, 2011

Birthday Present from Stamford Bridge

Salam Satu Malaysia ...

Jam 12:03 pagi waktu Malaysia, dalam hening tengah malam tiba-tiba handphone aku dikejutkan dengan kiriman sms daripada Mohd Najwadi berbunyi ...

"Happy birthday sahabat. Semoga kemenangan Chelsea jap lagi menjadi hadiah bermakna untuk kamu"



Bukan sahaja sms itu menjadi kenyataan, bahkan perlawanan tersebut turut menyaksikan pemain bernilai 50 juta pound menjaringkan gol selepas beraksi 14 perlawanan. Itulah hadiah hari jadi aku yang ke-XX khas datang dari Stamford Bridge kiriman Fernando Torres. Sangat terharu dengan jaringan pertama beliau untuk pasukan The Blues.

Trip to Seoul - Ep. 4

Salam Satu Malaysia ...

Hari kedua di Korea memang banyak pengalaman berguna. Apa yang dirancang tidak semestinya akan disusuli dengan execution. Setelah berehat semalam selepas tiba dari airport, esok paginya kami bangun awal. Seawal jam 5 pagi malaysia kami dah bangun dan menghirup udara nyaman Incheon. Kawasan yang merupakan seolah-olah country side Korea ini memang segar rasanya. Juga amat sejuk sehingga tangan menggeletar untuk memegang kamera.


Kami bersarapan roti yang disediakan oleh tuan rumah tersebut dan milo packet yang dibawa dari Malaysia. Selepas berbincang untuk aktiviti hari tersebut, kami meminta pertolongan tuan rumah untuk memberi pendapat dengan jadual yang kami rancangkan. Eliz begitu berbesar hati dengan meminta suaminya Jackie untuk menghantar kami ke jeti agar kami dapat ke Sindho Island. Barang semua kami tinggalkan di rumah tersebut kerana selepas aktiviti kami nanti, Jackie akan membawa barang kami dan hantar kami ke stesen Subway berdekatan.

Saturday, April 23, 2011

Trip to Seoul - Ep. 3

Salam Satu Malaysia ...

Seperti janji aku sebelum ini untuk menceritakan pengalaman sepanjang 10 hari berada di Korea akan aku mulakan dengan cerita pada hari pertama. Pada hari pertama, perjalanan bermula dari rumah sewa aku di Kampung Baru. Aku & Hanif bergerak berjalan kaki menuju ke LRT memandangkan tempat perjumpaan dengan Ainna & Firza adalah di KL Sentral.

Di KL Sentral, kami memilih untuk menaiki bas ke LCCT. Perjalanan lebih kurang sejam diharungin dengan dengkuran tidur yang tak seberapa. Setiba di LCCT, perut berkeroncong tidak apa, asalkan berjaya check in dahulu. Selepas check in barulah operasi mengalas perut di Mc Donald berdekatan. Selepas itu, kami terus ke balai pelepasan.Penerbangan yang memakan masa selama 6 jam tu, berjaya diharungi dengan dengkuran-dengkuran kecil.

Monday, April 18, 2011

Trip to Seoul - Ep. 2

Salam Satu Malaysia ...

Seriously walaupun ada internet connection yang Maha Laju kat Seoul nih, aku still jarang update blog sebab masa senggang aku banyak habiskan untuk memilih dan menguploadkan gambar-gambar yang kiteorang amik. Bukan taknak update blog, tapi kalau aku tak upload gambar tu immediately, nanti sure tak buat langsung. Btw, gambar tu jugak nak bagitau family & friends yang kiteorang kat sini ok saja.

So, hari ini hari ke-8 kat Korea. Satu malam kami habiskan masa di Incheon dan sampai kini kami masih di Seoul. InsyaAllah sampai hari Rabu nih. Untuk main activities, semua dah settle. Tinggal satu aktiviti lagi dengan satu group lain & operasi membeli souvenirs.

Monday, April 11, 2011

Trip to Seoul - Ep. 1

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Aku sedih sebab tak dapat tengok Man. Utd vs. Chelsea 2nd Leg UCL.

Tepat jam 1345 waktu Malaysia (hari Isnin), kami berempat (Otroman Taro, Firza, Hanif & Ainna) akan berangkat ke Korea Selatan sebelum disusuli Faezah pada hari Rabu nanti. Kemudian, kumpulan kedua akan menyusul pada hari Isnin minggu depannya yang diketuai oleh Nina. Ini merupakan trip pengembaraan paling panjang aku rasa pernah aku buat. Dengan persiapan yang tak seberapa, kebanyakkannya last minute. Tapi info carik sana sini banyak membantu.



Pada awalnya, kumpulan pertama (kumpulan aku) terdiri daripada Aku, Firza, Ainna & Nur Amalia. Tetapi, di atas komitmen kerja, Nur Amalia tidak dapat mengikuti pengembaraan ini. Jadi, pada hari Khamis yang lalu, betul-betul selepas housemate aku (Hanif) baru pulang dari offshore, aku terus ajak join sekali. Alhamdullilah, respon yang diberi adalah positif. Hari Jumaat itu jugak baru beli tiket yakni 3 hari sebelum hari pelepasan.

Sunday, April 10, 2011

Saya Risau Prestasi Saya !!!

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Dengan rasa risau diri ini dalam menulis entri ini.

*Picisan FC*

Di universiti dulu, Picisan FC merupakan team pertama aku bernaung. Hasil titik peluh sendiri untuk menubuhkan pasukan, pasukan ini berjaya bermain 2 musim untuk Liga UTP. Kalau ikutkan, ini merupakan pasukan kedua di dalam Batch UTP Jan'04. Majoriti pemain adalah dari lembah klang, utara dan selatan semenanjung. Kini pasukan ini bolehlah dikatakan sudah berkubur. Hanya bermain bila masing-masing bercuti. Itupun main futsal. Tapi kini semuanya sudah berubah.

Tuesday, April 5, 2011

Jom Check Performance Blog Anda

Salam Satu Malaysia ...

Nota Tangan: Background Music: Tropika - Cinta Pantai Merdeka

Selalu aku update blog je. Tapi tak pernah pulak terfikir apekah performance blog aku. Tadi dalam bosan-bosan, aku pon korek-korek lah dashboard blogger nih. Tup tap, baru aku perasan, ada satu tab amat informative. Tab STAT (statistic). Secara amnya, kat sini kita boleh tahu performance blog kita. Berapa ramai pelawat, dari mana mereka datang, entri apa popular, dorang search blog kita dari mana dan macam-macam lagi.

Dashboard Blogger

Dengan itu aku godek-godek la menatang nih. Semangat punya pasal, terus aku message Erry (blogger sempoi..support die rakan blogger) kat FB, mane lah tau die boleh tulis sesuatu pasal benda nih. Lagipun penulisan dia agak kreatif. Aku suka baca blog dia. Alamak, cam lari topik la plak. Sorry Sorry Sorry. Jom lah kita beramai-ramai kembali kepada analysis http://tentuluran.blogspot.com dari May 2010 hingga April 2011.

Monday, April 4, 2011

Pemergian Seorang Sahabat Yang Ku Sayangi

Salam Satu Malaysia ...

Pemergian Seorang Sahabat Yang Ku Sayangi

Saudara Amirul Hakimi Bin Abdul Alyem
25 April 1986 - 5 April 2006

Aku ingat lagi dulu-dulu.
Bila dia ada.
Dia tempat aku meminta apa-apa.
Dan dia tak pernah mengecewakan aku.

Waktu aku demam, selain mak dan ayah, dia yang paling ambil berat tentang aku.
Payah untuk aku lupa.
Dia suka sangat buat lawak.
Walaupun kadang-kadang lawak yang dia buat tu tak menjadi.
Dia suka hiburkan semua orang.walaupun dia sendiri sedang bersedih.

Wajah dia selalu sayu tiap kali tiba 1 syawal.
Kedua-dua orang tua nya pulang ke rahmatullah seawal usianya 3 tahun.
Dia tinggal dengan kakaknya.

Waktu di asrama dulu, bila semua orang tidur dia menangis seorang diri.
Dia menangis senyap-senyap di sebalik bantal.
Aku sedar sebab aku berpura-pura tidur.
Dia menangis dan menangis sampai betul-betul tertidur.
Aku tak tahu apa yang aku perlu buat ketika itu.
aku tahu,dia rindukan kedua-dua orang tua nya.

Tahun 2006 dia meninggal dunia.

Sunday, April 3, 2011

ST Bowl

Salam Satu Malaysia ...

Laporan Asal: Otroman Taro

Wangsa Maju, 3 April - Kejohanan Boling tertutup peringkat ST telah berjaya menarik seramai 7 peserta. Pertandingan yang dijadualkan pada 2 April jam 8 malam terpaksa ditunda kepada 3 April jam 12.30 pagi atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Menurut penganjur, pertandingan itu terpaksa ditunda gara-gara kemenangan Manchester United ke atas West Ham dan kekalahan Liverpool cap ayam kepada West Brom.

Peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini adalah seperti ST [6], ST [19], ST [23], ST [7], ST [8], ST [4] dan ST [17]. Walaupun permainan kesemua peserta adalah hambar pada awal permainan berikutan masalah cuaca di tempat kejohanan, peserta masih mampu tersenyum girang gara-gara bola boling menjengah longkang. "Ini adalah permainan pertama saya dalam dunia bowling. Saya hebat tapi saya rilek", kata peserta yang berasal dari Sungai Petani iaitu ST [4].

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...