Monday, June 27, 2011

Resipi "Karipap" Agung

Salam Satu Malaysia ...

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa status FB aku sekarang menjerumus ke arah kuih tradisional masyarakat melayu iaitu "karipap". Mungkin juga ada yang sikap acuh tak acuh tidak mengambil kisah akan status aku itu kerana bukanlah menjadi isu mereka untuk mengetahui mengenainya jauh sekali untuk komen. Jadi, kat sini aku nak ceritakan apakah isu "karipap" yang sebenar.

Mungkin ramai menganggap aku cuba "double meaning" dengan menggunakan istilah karipap dek kerana lawak kumpulan Balas yang menjerumus kepada maksud tersirat kepada karipap tersebut. Namun, ternyata andaian pertama anda semua silap sama sekali. Hanya orang yang berdekatan dengan aku mengetahui apakah sebenarnya isu "karipap" itu.

Sunday, June 12, 2011

42 Hours: The Meaning of Life

Salam Satu Malaysia ...

Dalam tempoh 42 jam, bermacam-macam pengalaman & aktiviti yang padat telah dilakukan. Pengalaman bermula seawal jam 9:00 malam pada hari Jumaat. Semuanya ada yang telah dirancang, ada yang tidak dirancang dengan teliti. Ini semua angkara semangat setiakawan dan keinginan membuat aktiviti hujung minggu.


Maharaja Lawak, Federal 4.44 Pagi, Majlis Pertunangan, KL Gangster, Tom Yam Campur, Final Piala FA, Badminton, Sarapan Lewat & Dylan Dog Dead of Night. Apa semua ini? Haaaaaa ...

Saturday, June 4, 2011

Arnab & Angsa

Salam Satu Malaysia ...

Jam laptop menunjukkan pukul 1:07 pagi. Aku baru sahaja pulang dari Setiawangsa (rumah Arul, Awan, Acap & ramai lagi). Baru pulang dari menonton Maharaja Lawak. Tapi, bukan itu yang aku cuba sampaikan pada cerita kali ini. Memang menjadi lumrah aku, bila jiwa "terkacau bilau" sikit, blog lah menjadi peneman setia yang tidak jemu menulis luahan hati ini.

Aku tidak tahu kenapa sejak seminggu dua minggu nih, aku rasa semua serba tak kena. Kerja office aku pon jadi laju semacam (itu juga sesuatu yang pelik kerana aku selalu akan tinggalkan sedikit untuk hari esok). Perasaan dalaman ini seperti tidak menadapat ketenangan dalaman. Macam cerita Kungfu Panda 2 yang selalu menyebut di mana "inner peace"? Ke mana ia menghilang? Kenapa Arnab & Angsa?

Wednesday, June 1, 2011

Osteo Arthritis

Salam Satu Malaysia ...

Dalam lebih kurang jam 12:30 tengah hari tadi, dialog di bawah telah terpacul keluar dari mulut aku menuju tepat kepada secretary department aku ...

Aku: Kak, saya pergi klinik jap. Boss carik saya cakap saya pergi klinik.
Kak: ok.

Setibanya dia kaunter klinik (Twin Towers Medical Centre), terus meminta nombor daripada kaunter untuk tujuan berjumpa dengan doktor. Nombor 1780 menjadi nombor giliran. Dr. Gopi menjadi doktor pilihan. Lantas bermulalah sesi rawatan yang tidak ku sangka akan berlaku juga akhirnya. Pengalaman ngeri mungkin kerana tidak pernah terbayang akan berlaku sebegini.

More in here ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...